Back to Top

News

 

Bookmark and Share

MALAYSIA AIRPORTS KINI MEMPUNYAI 4,000 ANGGOTA KESELAMATAN PENERBANGAN, TERUS KOMITED JAMIN KESELAMATAN OPERASI LAPANGAN TERBANG

26 January 2017

SEPANG – Malaysia Airports kini mempunyai kekuatan anggota keselamatan penerbangan seramai 4,000 orang, dengan penambahan anggota seramai 143 pelatih yang baharu sahaja tamat latihan dan telah diraikan di Majlis Perbarisan Tamat Latihan Pembantu Keselamatan Penerbangan (AVSEC) Malaysia Airports Siri 1/2016 pada awal pagi ini di Kompleks Bunga Raya, KLIA sambil disaksikan oleh ahli keluarga para pelatih polis bantuan.

Turut hadir di majlis tersebut adalah Datuk Seri Saripuddin Hj Kasim, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Pengerusi Malaysia Airports, Datuk Badlisham Ghazali, Pengarah Urusan Malaysia Airports dan Pesuruhjaya Polis Dato’ Sri Abdul Samah Hj Mat, Ketua Polis Selangor.

Dalam ucapan penutup di majlis tersebut, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata, “Kerjaya dalam keselamatan penerbangan merupakan satu kerjaya yang bertaraf antarabangsa. Penugasan yang bakal para pelatih ini laksanakan nanti memenuhi kehendak di peringkat antarabangsa dalam memastikan keselamatan lapangan terbang dan industri penerbangan berada ditahap yang terbaik. Ilmu dan kemahiran yang telah didedahkan kepada para pelatih ini merupakan komponen terpenting kearah mencapai  kecemerlangan dan sekaligus memberi keyakinan kepada pengguna lapangan terbang bahawa pasukan Polis Bantuan Malaysia Airports memiliki kemahiran dan disiplin yang tinggi untuk mengawal dan melindungi keselamatan penerbangan di lapangan terbang – lapangan terbang di seluruh negara di samping menyokong matlamat pasukan dan syarikat dalam halatuju perancangan perniagaan lima tahun kami, Runway to Success 2020.”

“Pihak Malaysia Airports akan terus komited dalam bekerjasama dengan pihak pasukan keselamatan negara bagi memastikan tahap keselamatan penerbangan di semua lapangan terbang negara kita berada pada tahap yang cemerlang dan selaras dengan piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA)”, tambah beliau lagi.

Kesemua pelatih ini telah menjalani latihan intensif selama enam bulan yang merangkumi latihan selama dua bulan di PULAPOL Langkawi, dua bulan di Pusat Latihan Malaysia Airports Pulau Pinang dan dua bulan latihan amali di KLIA dan beberapa lapangan terbang di Sabah bagi mempersiapkan mereka dengan ilmu dan kemahiran yang diperlukan sebelum memulakan tugasan mereka secara rasmi sebagai anggota Polis Bantuan Keselamatan Penerbangan. Dengan penambahan anggota seramai 143 anggota daripada majlis tamat latihan siri 1/2016 pada hari ini, ia menjadikan bilangan pegawai dan anggota Polis Bantuan Malaysia Airports di seluruh negara mencecah seramai 4,000 anggota dan sekaligus menjadikan Malaysia Airports sebagai 


Advertisement
FB Like Banner
25th Anniversary Contest