Section Heading

Network At KL International Airport Stabilising Well Read more

Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia

Temperature 25 °C Mostly Cloudy

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Obstacle Challange Atau Cabaran Halangan Anjuran Perkhidmatan Bomba Dan Penyelamat Lapangan Terbang Terima Hampir 200 Penyertaan Dari Pelabagai Kontinjen

PULAU PINANG– Obstacle Challenge atau Cabaran Halangan yang dianjurkan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (AFRS) pada hari ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila meraih hampir 200 penyertaan daripada pelbagai kontinjen yang terdiri daripada pasukan kakitangan dalaman dan agensi-agensi di lapangan terbang yang lain serta kadet bomba dari sekolah-sekolah berhampiran. 

Antara objektif kejohanan ini dianjurkan adalah bagi meningkatkan kecekapan dan menguji tahap kemahiran peserta dalam kerja-kerja operasi kebombaan, mewujudkan daya saing dalam budaya kerja dan membina ketahanan diri bagi menghadapi cabaran, serta memupuk semangat berpasukan menyelesaikan keseluruhan acara dengan kerjasama yang kuat.

Menurut pengurus besar perkhidmatan bomba dan penyelamat lapangan terbang Malaysia Airports, Abdul Malik Mohd Yunus, elemen kecergasan, kecekapan, ketahanan fizikal dan mental serta semangat kerja berpasukan adalah elemen penting bagi kakitangan AFRS dalam menjalankan tugas menyelamat dan melawan kebakaran dalam sebarang kecemasan di lapangan terbang. 

“Tahap kesiapsiagaan yang tinggi sentiasa menjadi keutamaan pihak AFRS dan Malaysia Airports dalam memastikan tahap perlindungan keselamatan di lapangan terbang mematuhi piawaian ditetapkan bagi memastikan operasi penerbangan berjalan lancar dan selamat. Oleh yang demikian, Pertandingan AFRS Obstacle Challenge 2019 berhasrat untuk menguji elemen-elemen tersebut,” katanya lagi.

Pertandingan ini melibatkan enam pasukan AFRS mengikut wilayah iaitu Sabah, Sarawak, Tengah, Utara, KLIA dan Ibu Pejabat. 
Pertandingan ini juga memberi ruang dan peluang kepada pihak berkepentingan seperti syarikat penerbangan, rakan media dan agensi kerajaan sebagai kontijen jemputan.

Selain daripada penyertaan dari pelbagai agensi di lapangan terbang, cabaran ini turut disambut baik dengan penyertaan daripada tiga sekolah yang terdiri daripada 86 orang pelajar yang juga merupakan kadet bomba. Di antara sekolah-sekolah tersebut adalah SMK Raja Tun Uda, SMK Bayan Lepas dan SMK Sungai Ara.

Para peserta memulakan permainan seawal jam 8 pagi dan berakhir pada sekitar 4 petang. Terdapat sebanyak 11 aktiviti halangan disusun bagi menguji semua peserta pertandingan iaitu membawa peralatan kebombaan dan hose fitting, melalui susunan kon zig-zag, memasang pam mudah alih dan mengepam air ke takungan, forcible entry dengan memukul tayar seberat 146kg, menyelamatkan mangsa seberat 70kg, memotong menggunakan kapak, mengangkat tayar seberat 146kg, memanjat halangan setinggi 2 meter, tire hopping, merangkak halangan sejauh 7 meter dan menjatuhkan sasaran menggunakan hos bertekanan. 

Turut hadir bersama memeriahkan anjuran aktiviti ini adalah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang, PKPJB Tuan Saadon Moktar dan Ketua Bahagian Operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Hassim Dumman selaku tuan rumah bagi kejohanan Obstacle Challenge pada tahun ini
 

You might also like:

Malaysia Airports gears up for the super peak travel period encompassing two continuous…

PULAU PINANG– Obstacle Challenge atau Cabaran Halangan yang dianjurkan oleh Balai Bomba dan…

SEPANG – Malaysia Airports would like to update members of the public and passengers…

Despite the network disruption, crowd management at the airport is currently under…

SEPANG – Malaysia Airports wish to inform that as at 6.00 am today, the team is still in…

SEPANG – We wish to update that the systems at KUL have not fully stabilised. The team will…

SEPANG – Our technical team is now in the midst of stabilising the critical passenger-…

SEPANG – Malaysia Airports would like to advise members of the public that we are…

SEPANG – Seramai 2,600 orang peserta dari beberapa negeri di Malaysia serta Indonesia…

Section Heading