Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

584 Kakitangan Diraikan Dalam Majlis Khidmat Setia Ke-16 Malaysia Airports

Majlis Penghargaan Pihak Pengurusan Malaysia Airports Kepada Wargakerja Yang Telah Lama Berkhidmat

SEPANG – Seramai 584 orang wargakerja Malaysia Airports diraikan bersama pihak pengurusan organisasi tersebut di dalam sebuah majlis Anugerah Khidmat Setia yang gilang gemilang di Hotel Sama-Sama awal hari ini. Penganjuran majlis anugerah tersebut yang telah masuk tahun ke-16 itu adalah bertujuan untuk menzahirkan penghargaan pihak pengurusan kepada kakitangan yang telah dengan setia bersama-sama menghadapi liku dan cabaran dalam menjadikan Malaysia Airports sebuah pengendali lapangan terbang yang tersohor selama 26 tahun. Majlis anugerah ini diserikan dengan kehadiran pengerusi Malaysia Airports, YAM Tan Sri Syed Anwar Jamalullail bersama pemangku ketua pegawai eksekutif kumpulan Malaysia Airports, Raja Azmi Raja Nazuddin.

Menurut Raja Azmi, “Kakitangan merupakan nadi sesebuah syarikat. Tanpa komitmen serta dedikasi yang tinggi oleh kakitangan, sesebuah organisasi tidak mungkin akan dapat bertahan dengan jayanya seperti mana Malaysia Airports berada di tempatnya sekarang. Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, kami bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan kepada individu, malah kami juga seperti keluarga kedua kepada kakitangan. Malaysia Airports amat menitikberatkan aspek kemajuan para kakitangan dengan menyediakan pelbagai jenis modul latihan dan kursus bagi menambahbaik kualiti perkhidmatan kakitangan dari semasa ke semasa. Soal kebajikan kakitangan juga dipandang serius oleh pihak pengurusan. Bangga untuk saya katakan bahawa jumlah wargakerja Malaysia Airports kini terus berkembang dan setakat hari ini, kita telah mempunyai lebih 11 ribu kakitangan di seluruh Malaysia dan luar negara”.

Mereka yang diraikan pada hari ini terdiri daripada mereka yang bertugas di ibu pejabat dan 39 lapangan terbang lain di seluruh Malaysia dan Turki yang dikendalikan oleh Malaysia Airports. Majlis anugerah tersebut menyaksikan seramai 387 orang kakitangan yang telah berkhidmat selama 10 tahun dan 197 kakitangan telah berkhidmat selama 20 tahun menerima sijil sebagai anugerah kepada kesetiaan mereka kepada syarikat. Manakala sebanyak 10 Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (SSPBSN) diberikan kepada 10 penerima bertuah yang memenanginya dalam acara cabutan bertuah bersempena majlis anugerah tersebut.  

“Jika bukan kerana sumbangan tenaga serta keringat kakitangan kami, Malaysia Airports tidak mungkin dapat berada di mana ia berada sekarang. Bagi pihak pengurusan, majlis sebegini merupakan salah sebuah cara kami ingin berterima kasih dengan segala curah bakti oleh kakitangan kami yang setia tanpa jemu, bertujuan menyumbang ke arah kemajuan dan kesejahteraan syarikat”, tambah Azmi lagi.

You might also like:

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

SEPANG - Malaysia Airports (the Group) and the Government of Malaysia (GoM) officially…

SEPANG - Langkawi International Airport (LGK) once again won the 2023 Airport Service…

Section Heading