Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Joyful Home Malaysia Airports Beri Sinar Harapan Kepada Warga Emas

Penstrukturan dan Pembaikkan Semula Tempat Tinggal Menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat Airport@Community 

SEPANG – Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya atau CSR iaitu Airport@Community, Malaysia Airports sekali lagi membuktikan bahawa ia merupakan sebuah organisasi yang prihatin terhadap masyarakat sekeliling. Program ini merupakan sebuah inisiatif yang dirancang berdasarkan rangka kerja CSR Malaysia Airports di bawah tunjang Community Enrichment- Joyful Home. Menerusi program CSR ini, sebanyak RM41,000 sumbangan diberikan kepada En Ibrahim Jumaat, warga emas yang berusia 83 tahun bagi menggantikan struktur prasarana rumahnya yang uzur dan perlu dibaikpulih.

Di dalam satu Majlis Penyerahan Joyful Home dari pihak pengurusan tertinggi Malaysia Airports kepada En Ibrahim di Kampung Labu Lanjut Sepang pada awal hari ini, pemangku ketua pegawai eksekutif kumpulan Malaysia Airports, Raja Azmi Raja Nazuddin berkata, “Sebagai sebuah organisasi yang prihatin terhadap persekitaran terutamanya kepada masyarakat yang tinggal berhampiran kawasan di mana lapangan-lapangan terbang kami beroperasi, kami mewujudkan pelbagai jenis program CSR untuk membolehkan inisiatif-inisiatif mulia ini digerakkan bagi memastikan kesejahteraan masyarakat sekeliling terbela”.

Perubahan telah dapat dilihat dengan ketara dengan hasil kerja-kerja pembaikan infrastruktur yang telah berjalan selama sebulan di rumah En Ibrahim. Pelbagai kerosakan dikenalpasti semasa pemeriksaan wakil Malaysia Airports pada awal perancangan pengubahsuaian rumah tersebut. Antara kerosakan dan keuzuran yang ketara adalah sistem saliran dan perparitan rumahnya yang tersumbat dan tidak teratur, serta tangki septik yang penuh di mana ianya menyebabkan kawasan rumahnya dinaiki air dan berbau terutamanya pada hari hujan. Dengan sumbangan tersebut, saliran perparitan di rumahnya telah dapat dibaiki dan tangki septik menggunakan teknologi baru dibina bagi mengelakkan sebarang masalah longkang tersumbat kelak.   

Malahan, kerja-kerja mengecat semula rumah luar dan dalam, pemasangan tingkap dan pemasangan siling di rumah tersebut juga dapat dilakukan melalui sumbangan yang diberikan. Perubahan suasana daripada suram kepada ceria dapat dilihat apabila rumah tersebut dicat semula dan tingkap-tingkap yang rosak digantikan dengan tingkap yang baru. Pemasangan siling baharu bagi menggantikan atap zink sebelum ini juga menaikkan seri rumah serta mengelakkan rumah alah kepada cuaca lembap dan panas serta kekotoran. 

Selain daripada itu, pelbagai kerja-kerja mencantikkan struktur dalaman rumah turut dilakukan termasuk menggantikan kipas siling, lampu florescent dan siling yang tidak rata kepada yang baharu dan kemas. Turut diberi perhatian adalah dengan membina kabinet dapur yang bertutup dan kemas bagi mengelakkan sebarang kemalangan di dapur yang tidak diingini di masa akan datang. Bukan itu sahaja, bagi memudahkan penghuni rumah tersebut mudah semasa menggunakan tandas, mangkuk tandas yang tidak mempunyai tangki pam turut ditambah. Ini bagi memastikan kebersihan sentiasa terjamin dan terjaga setiap masa.  

“Kami berasa gembira kerana dapat menyumbang kepada mereka yang amat memerlukan, dan dengan sumbangan yang telah diberikan ini, kami berharap kami akan dapat membantu ramai lagi penerima yang layak untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna seperti manusia lain”, tambah Azmi.  

Majlis penyerahan Joyful Home ini diakhiri dengan penyampaian oleh pengurus besar komunikasi korporat Malaysia Airports, Nik Anis Nik Zakaria berupa barangan keperluan makanan asas seharian dan kerusi roda kepada En Ibrahim disebabkan keadaan kesihatannya yang memerlukan beliau untuk selalu ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan berkala. 

You might also like:

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

SEPANG - Malaysia Airports (the Group) and the Government of Malaysia (GoM) officially…

SEPANG - Langkawi International Airport (LGK) once again won the 2023 Airport Service…

Section Heading