Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Kenyataan Media Pengerusi Malaysia Airports Berkenaan Penswastaan Dan Pengeluaran Ltsaas Daripada Rangkaian Lapangan Terbang Kendalian Malaysia Airports

SEPANG – Berikut kenyataan daripada YB Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir selaku Pengerusi Malaysia Airports. 

“Sekali lagi saya telah menyampaikan pandangan dan pendirian saya kepada pemegang tampuk kuasa mengenai kedudukan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (LTSAAS).

Saya telah menyatakan agar kerajaan membatalkan hasrat untuk menswastakan dan mengeluarkan (carve-out) LTSAAS bagi tujuan pengambil-alihan oleh pihak tertentu.

Saya juga menekankan bahawa pelan Regenerasi LTSAAS yang dikemukakan oleh Malaysia Airports adalah merupakan sebahagian daripada kerangka besar perancangan masa depan kerajaan ke arah industri penerbangan dan aeroangkasa negara iaitu Pelan Strategik Lapangan Terbang Kebangsaan (PSLTK) dan Pelan Induk Industri Aeroangkasa Kebangsaan 2030.

Ini merupakan kenyataan saya kali ketiga yang membantah langkah penjualan LTSAAS. Justeru tidak timbul perkara yang dimainkan oleh kalangan tertentu bahawa saya tidak pernah bersama dengan Malaysia Airports dan Kesatuan Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airports Semenanjung, Sabah & Labuan serta Sarawak (KESMA, KEPEMAB & KEPMAS) dalam usaha menyelamatkan LTSAAS dan kedudukan syarikat secara keseluruhan.

Saya menghormati pendirian KESMA, KEPEMAB & KEPMAS kerana mereka mewakili suara warga Malaysia Airports.

Saya masih menaruh harapan agar kerajaan mendengar pandangan rakyat dan rintihan warga Malaysia Airports agar LTSAAS tidak dijual.

LTSAAS adalah aset strategik negara yang perlu dipertahankan.”
 

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

Section Heading