Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Lebih 3,100 Petugas Barisan Hadapan Dan Penumpang Di Lapangan Terbang Seluruh Negara Terima Sumbangan Juadah Berbuka Puasa Sepanjang Ramadan

SEPANG – Malaysia Airports menyantuni lebih 3,100 orang para petugas barisan hadapan serta para penumpang di tujuh lapangan- lapangan terbang kendaliannya di seluruh negara dengan menyampaikan sumbangan juadah berbuka puasa sepanjang empat minggu di bulan Ramadan sejak 13 April lepas. Di antara lapangan terbang yang terlibat adalah Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI), Lapangan Terbang Sibu (SBW), Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (KBR), Lapangan Terbang Miri (MYY), Lapangan Terbang Bintulu (BTU) dan Lapangan Terbang Lahad Datu (LDU). Kesemua juadah berbuka puasa yang diberikan ini adalah hasil kutipan sumbangan yang diterima daripada syarikat dan juga kakitangan Malaysia Airports, bernilai lebih RM25,000.00.

iftarmeal1

Pengerusi Malaysia Airports, YB Dato’ Seri Diraja Zambry Abd Kadir berkata, “Malaysia Airports menganjurkan program seperti ini sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kami kepada para petugas barisan hadapan yang bertugas serta kepada para penumpang yang berlepas di lapangan terbang kendalian kami. Umum mengetahui, para petugas barisan hadapan ini berada di lapangan sepanjang waktu dan berdepan dengan kekangan masa demi tugas. Justeru, diharapkan edaran pek juadah berbuka ini dapat memberi sedikit kegembiraan kepada mereka dalam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan ini.”

Manakala menurut ketua pegawai eksekutif kumpulan Malaysia Airports, Dato’ Mohd Shukrie Mohd Salleh pula, “Kebajikan para pekerja sentiasa menjadi keutamaan kami. Sebelum pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terbaharu yang berkuatkuasa 6 Mei 2021, pek juadah berbuka puasa ini diedarkan oleh wakil pihak pengurusan yang turun padang untuk menemui para petugas pada setiap hari Jumaat di KLIA dan juga di lapangan-lapangan terbang yang lain. Walau bagaimanapun, setelah PKP terbaharu berkuatkuasa, pengedaran dijalankan secara pandu lalu kepada wakil-wakil para petugas barisan hadapan ini bagi memastikan kepatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP).”

iftarmeal2

“Saya mewakilì pihak pengurusan juga ingin mengambil kesempatan ini  untuk menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kami kepada kakitangan Malaysia Airports yang telah memberi kerjasama baik dalam menyumbang untuk merealisasikan inisiatif ini”, tambah Dato’ Mohd Shukrie lagi. 

Selain para penumpang dan kakitangan Malaysia Airports yang terdiri daripada pelbagai cawangan operasi lapangan terbang, agensi kerajaan lain yang bertugas di KLIA turut juga menerima sumbangan juadah berbuka puasa tersebut. Antaranya adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) serta agensi-agensi pengendalian darat. 
 

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

Section Heading