Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Majlis Pembukaan Seminar Dan Latihan Ancaman Keganasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang

Kerjasama Pelbagai Agensi Kerajaan dan Swasta bagiMemastikan Tahap Kesiapsiagaan Terhadap AncamanPencerobohan dan Keganasan di Lapangan Terbang

SUBANG - Malaysia Airports dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta agensi-agensi yang berkenaan buat julungkalinya menganjurkan seminar dan latihan berkaitan ancaman keganasan di Lapangan TerbangSultan Abdul Aziz Shah, Subang. Seminar dan latihan ini yang melibatkan seramai 350 orang peserta berlangsung selama 4 haridari 22 hingga 25 Julai pada minggu ini.

Inisiatif ini juga merupakan kolaborasi antara BahagianKeselamatan Penerbangan (AVSEC) dan Bahagian PerkhidmatanBomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) Malaysia Airports yang turut melibatkan 35 agensi kerajaan, badan berkanun dan pihak swasta. Majlis pembukaan seminar dan latihan telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports, Raja Azmi Raja Nazuddin hari ini.

Menurut Raja Azmi, “Sebagai salah satu inisiatif dalammemastikan keselamatan di lapangan terbang sentiasa terjamin, program latihan ini bertujuan menguji kesiapsiagaan dan keberkesanan tindakan pihak penguatkuasa keselamatan lapanganterbang, agensi-agensi kerajaan, badan berkanun dan syarikat-syarikat penerbangan dalam menangani situasi krisis kecemasandan ancaman keganasan selain penilaian semula keperluan SOP agensi masing-masing untuk penambahbaikan. Ia menjadi harapankami program ini dapat dilaksanakan secara interaktif agar wujudperhubungan dua hala antara agensi bagi membolehkanpercambahan informasi dan idea berkaitan bidang tugas masing-masing.”

Perasmian tersebut turut diserikan dengan kehadiran PengarahMajlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, TuanSophian Isswandy Ismail; Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din; Ketua Pegawai Eksekutif Subang SkyparkSdn Bhd, Encik Raghbir Singh Bhall Santhok Singh; PengurusBesar Malaysia Airports (Subang) Sdn Bhd, Encik Randhill Singh; Pengurus Besar Sumber Manusia Malaysia Airports, PuanRozita Ismail; Pengurus Besar Keselamatan Penerbangan(AVSEC) Malaysia Airports, SAC Rosli Mohd Isa; dan PengurusBesar Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang(AFRS) Malaysia Airports, Tuan Abd Malik Mohd Yunus.

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

Section Heading