Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Malaysia Airports Anjur Klinik Bola Sepak & Bola Jaring, Sumbang Rm5,000 Kepada Sk Dengkil

SEPANG – Malaysia Airports Holdings Berhad (Malaysia Airports) terus aktif memainkan peranan mereka sebagai sebuah entiti korporat yang bertanggungjawab dalam menyumbang kembali kepada komuniti setempat di sekitar daerah Sepang dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan saban tahun.

Semalam, Malaysia Airports sekali lagi menunaikan tanggungjawab korporat sosial mereka dengan menganjurkan Klinik Bola Sepak & Bola Jaring kepada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Dengkil bertempat di Padang Pejabat Korporat Malaysia Airports. Para jurulatih bagi klinik ini terdiri daripada Jurulatih Malaysia Airports Football Club (MAFC) dan kakitangan Malaysia Airports.

“Badan yang sihat memerlukan otak yang cerdas dan kita memerlukan minda yang cerdas untuk berfikir. Oleh itu, kami di Malaysia Airports amat prihatin untuk melihat pelajar mendapatkan latihan dan tunjuk ajar yang mencukupi dalam bidang kesukanan. Saya difahamkan SK Dengkil mempunyai pemain bola sepak dan bola jaring yang mewakili sekolah hingga ke peringkat negeri. Memandangkan Malaysia Airports juga mempunyai kakitangan yang berbakat dalam bidang sukan; dengan kerjasama Kelab Sukan Malaysia Airports (KESUMA), kami mengambil inisitiasif untuk menganjurkan Klinik Bola Sepak & Bola Jaring bersama pelajar-pelajar SK Dengkil dan diharapkan dengan pendedahan ini, dapat membantu para pelajar mempelajari serba sedikit teknik-teknik yang diperlukan dalam sukan bola sepak dan bola jaring,” jelas Muhammad Khair Mirza, Pengerusi KESUMA yang juga merupakan Pengurus Besar Kanan Malaysia Airports dalam ucapan perasmian Klinik Bola Sepak & Bola Jaring petang tadi.

Di majlis yang sama juga, Malaysia Airports turut berkesempatan menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada SK Dengkil bagi tujuan membantu sekolah berkenaan membeli dan menggantikan peralatan sukan yang telah hangus terbakar dalam satu kejadian kebakaran di sekolah itu pada Oktober tahun lalu. Penyerahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh Datuk Badlisham Ghazali, Pengarah Urusan Malaysia Airports kepada Guru Besar SK Dengkil, Mohamad Latiff Saari.

Badlisham berkata, “Sumbangan ini adalah sebagai tanda keprihatinan kami sebagai sebuah entiti korporat dan juga merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat kami kepada komuniti setempat di mana kami beroperasi. Diharapkan sumbangan ini mampu menyuntik semangat para pelajar di SK Dengkil ini untuk memberikan yang terbaik, bukan sahaja dalam pembelajaran mereka tapi juga dalam prestasi kurikulum mereka."

Sementara itu, Latiff berkata pihaknya amat berterima kasih terhadap keprihatinan Malaysia Airports dan sumbangan berkenaan akan digunakan sebaiknya untuk membeli kelengkapan sukan bagi memastikan pelajar kami dapat meneruskan minat mereka dalam aktiviti kesukanan.

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

Section Heading