Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Malaysia Airports Bersama Majlis Belia Malaysia Bakal Anjurkan Festival Zapin Terbuka Belia Malaysia 2017 Di KLIA

Satu inisiatif penjenamaan Malaysia yang bakal menzahirkan pengalaman ceria di lapangan terbang serta memartabatkan tradisi dan keunikan negara.

SEPANG - Malaysia Airports dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) bakal menganjurkan Festival Zapin Terbuka Belia Malaysia 2017 pada bulan Disember ini bertempat di kawasan pentas, aras perlepasan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Festival Zapin yang julung-julung kalinya diadakan ini dijangka menarik penyertaan hampir 200 orang belia dari seluruh negara dan akan menjadi satu tarikan unik yang dapat menzahirkan pengalaman ceria kepada pengguna dan komuniti di lapangan terbang. 

Selain bertujuan mewujudkan suasana ceria di lapangan terbang, festival ini juga adalah untuk memastikan seni dan budaya tradisi bukan sahaja terus kekal terpelihara sepanjang zaman, ia juga satu usaha dalam memperkenalkan Malaysia ke mata dunia. Sebagai pengendali lapangan terbang utama negara, Malaysia Airports berada di dalam posisi yang tepat untuk memperkenalkan budaya Malaysia kepada pelancong asing.

Festival zapin yang pertama seumpamanya diadakan ini bakal menjadi landasan kepada warga belia untuk mempamerkan bakat sedia ada. Menurut Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Badlisham Ghazali berkata, “Kami mengambil keputusan untuk berkerjasama dengan MBM kerana ia merupakan badan induk pertubuhan belia di negara ini yang telah banyak menempa kejayaan dalam menggalakkan kemajuan belia. Sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan, Malaysia Airports amat komited dalam mendokong aspirasi Transformasi Nasional (TN50) untuk menjadikan Malaysia dalam lingkungan 20 negara terbaik menjelang 2050.”

Turut hadir pada sidang media Festival Zapin Terbuka Belia Malaysia 2017, Pengurus Besar Komunikasi Korporat Malaysia Airports, Nik Anis Nik Zakaria menyatakan rasa keterbukaan Malaysia Airports dengan aktiviti keseniaan ini. Menurut beliau, “Kami yakin yang Festival Zapin Belia Malaysia ini bukan sahaja dapat memberi pendedahan kepada para belia, malah juga kepada orang awam untuk turut sama menyemarakkan lagi rasa kasih dan cinta terhadap seni dan tradisi di Malaysia.”

Presiden MBM, Mua’amar Ghadafi Jamal berkata, pihak Majlis Belia Malaysia amat berbangga dapat bekerjasama dengan Malaysia Airports dalam memartabatkan seni dan kebudayaan Malaysia. Mua’amar turut menyatakan harapan MBM berkenaan festival sebegini, “MBM berharap agar bidang kebudayaan juga diangkat ke peringkat lebih tinggi seiring dengan pembangunan negara. Belia Malaysia akan lebih mengenali susur galur seni budaya Malaysia sebagaimana hasil kerjasama di antara Malaysia Airports dan MBM dalam menganjurkan tarian zapin ini.”

Festival Zapin Belia Malaysia 2017 bakal mensasarkan golongan belia yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun dan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM13,500 kepada para pemenang. Juara Festival Zapin akan memenangi wang tunai sebanyak RM5,000, naib juara akan memenangi RM3,000 dan pemenang tempat ketiga akan membawa pulang wang tunai RM1,000. Manakala pemenang saguhati akan mendapat RM500 bagi setiap pasukan.

You might also like:

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

SEPANG - Malaysia Airports (the Group) and the Government of Malaysia (GoM) officially…

SEPANG - Langkawi International Airport (LGK) once again won the 2023 Airport Service…

Section Heading