Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Malaysia Airports Hargai Komitmen Esscom Dalam Mengawal Keselamatan Negara Di Perairan Pantai Timur Sabah

LAHAD DATU – Datuk Badlisham Ghazali, Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (Malaysia Airports) meluangkan masa lebih tiga jam dalam kunjungan kerja beliau ke Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Lahad Datu; yang merupakan sebahagian daripada siri rangka lawatan kerja dua hari beliau ke Sabah, yang telah bermula di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu semalam.

Kunjungan Badlisham dan delegasi Malaysia Airports ke ESSCOM Lahad Datu telah disambut oleh DCP Dato’ Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalis, Komander ESSCOM dan Noor Alam Khan A. Wahid Khan, Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM.

“Kerjasama antara anggota keselamatan di lapangan terbang yang juga berperanan sebagai Polis Bantuan dan pasukan keselamatan di ESSCOM adalah amat penting dalam memastikan ruang udara dan ruang maritim negara kita di kawal ketat dan selamat daripada sebarang pencerobohan oleh mana-mana anasir luar yang mempunyai kepentingan dan agenda tersendiri. Kerjasama ini adalah selaras dengan Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) yang mana pendekatan secara kreatif dan kerjasama secara berpasukan di antara agensi kerajaan dan swasta dapat dijalin secara erat dan sekaligus merealisasikan hasrat Kerajaan dalam menjamin keselamatan dan sekaligus menjana pembangunan negara. Adalah menjadi harapan saya agar hubungan kerja yang terjalin erat di antara Malaysia Airports and ESSCOM ini menjadi lebih padu selepas ini,” ucap Badlisham dalam ucapan beliau ke pejabat ESSCOM Lahad Datu.

Di majlis yang sama, Badlisham turut berkesempatan menzahirkan rasa ucapan terima kasih dan penghargaan beliau dan Malaysia Airports kepada anggota-anggota keselamatan lapangan terbang dan ESSCOM yang komited menjalankan tugas demi kesejahteraan negara, “Saya ingin merakamkan sepenuh rasa ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua anggota keselamatan yang begitu komited menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh dan sepenuh hati dalam menjaga keselamatan, kedaulatan dan integriti bumi Malaysia, samada di kawasan perairan pantai mahupun di lapangan-lapangan terbang di seluruh negara khususnya di Sabah.”

Sejurus lawatan ke ESSCOM Lahad Datu, Badlisham bersama seluruh delegasi lawatan telah dibawa menaiki bot untuk meninjau kawasan kawalan keselamatan dibawah penguatkuasaan ESSCOM yang meliputi kawasan pantai timur perairan Sabah.

Kunjungan Badlisham ke ESSCOM Lahad Datu bersama delegasi Malaysia Airports turut disertai oleh Ketua Pegawai Kewangan, Raja Azmi Raja Nazuddin, Pengurus Besar MASB, Mohammad Suhaimi Abdul Mubin, Pengurus Besar Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang, Tuan Abdul Malik Mohd Yunus, Pengurus Besar Bahagian Keselamatan Penerbangan, Tuan Rosli Mohd Isa dan turut disertai oleh ACP Hamzah Ahmad, OCPD Lahad Datu, Iman Ali, Pegawai Daerah Lahad Datu, Timothy Tinun, Ketua Kastam DiRaja Malaysia Lahad Datu dan Bakri Empil, Pengurus Jabatan Penerbangan Awam Lahad Datu. 

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

Section Heading