Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Malaysia Airports Lancar Skuad Ceria Di Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas, Puchong

SEPANG - Malaysia Airports melancarkan program Skuad Ceria dalam meneruskan siri gerak kerja tanggungjawab sosial korporat syarikat di Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas, Puchong. Inisiatif ini bertujuan untuk memberi sumbangan kepada masyarakat dan komuniti setempat khususnya di sekitar kawasan syarikat beroperasi.

Program Skuad Ceria merupakan program sukarelawan syarikat dalam melahirkan dan memupuk nilai tanggungjawab di kalangan wargakerja Malaysia Airports. Antara salah satu aktiviti yang dijalankan adalah lawatan ke rumah kebajikan orang tua dengan memberi bantuan dan sokongan kepada warga emas menjalani kehidupan seharian mereka dengan lebih selesa, dihormati dan tidak merasai diri mereka disisihkan.

Lawatan dilengkapkan dengan perasmian sebuah gazebo oleh Datuk Badlisham Ghazali, Pengarah Urusan Malaysia Airports yang disumbangkan di bawah program ini. Gazebo yang dinamakan Teratak Ceria Malaysia Airports di dirikan di hadapan rumah bagi kegunaan dan keselesaan para penghuni untuk bersantai dan beriadah.

Badlisham turut berkongsi harapan dan komitmen Malaysia Airports dalam melaksanakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat syarikat berkata, “Malaysia Airports akan terus komited dalam menjalankan pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial bagi memartabatkan kedudukan syarikat sebagai entiti yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap komuniti setempat di mana kami menjalankan operasi perniagaan kami. Program sukarelawan Skuad Ceria di lancarkan dengan harapan memberi kesedaran kepada wargakerja Malaysia Airports tentang kesedaran sivik terhadap masyarakat dan komuniti setempat termasuklah golongan sasar.”

Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas di tubuhkan pada tahun 2003 dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di seliakan secara terus oleh Puan Muji bte Haji Sulaiman yang merupakan seorang bekas juruwarat terlatih dengan bantuan 16 orang pekerja. Rumah jagaan ini menempatkan seramai 37 warga emas yang berumur lingkungan 50 hingga 90 tahun. “Kami berasa sangat bersyukur kerana pihak Malaysia Airports begitu prihatin terhadap warga emas dengan melawat serta memberi sumbangan yang amat bermakna kepada semua penghuni di sini. Terima kasih atas keikhlasan semua”

Di program ini juga, warga Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas turut diraikan dengan upacara memotong kek bagi menyemarakkan semangat bulan kemerdekaan. Malaysia Airports (Niaga) Sdn Bhd (Eraman), anak syarikat milikan penuh Malaysia Airports turut menyumbang hamper kepada setiap penghuni. Tetamu dan penghuni rumah turut di hidangkan makanan tengah hari yang telah ditaja oleh Sama Sama Hotel KL International Airport.

Turut hadir di majlis tersebut ialah YB Tuan Shahrum bin Mohd Sharif, ADUN Selangor Kawasan Dengkil bersama pihak pengurusan Malaysia Airports.

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

Section Heading