Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Malaysia Airports Perkenal Simulator Taktikal, Ganti Jentera Untuk Pertingkat Kualiti Perkhidmatan Bomba Dan Menyelamat Lapangan Terbang

SEPANG - Selaras dengan keperluan semasa industri penerbangan dan untuk memastikan tahap keselamatan para pengguna lapangan terbang dipertingkatkan dari semasa ke semasa, Malaysia Airports hari ini memperkenalkan simulator taktikal berteknologi tinggi, “Rosenbauer Panther Tactical Simulator” di Majlis Penyerahan Simulator Taktikal & Jentera Bomba yang berlangsung di Balai Bomba Utama, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Y.Bhg Tan Sri Dato' Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Pengerusi Malaysia Airports Holdings Berhad (Malaysia Airports) menerusi ucapan perasmian beliau berkata, “Pada hari ini, pihak Malaysia Airports telah melakar satu lagi sejarah apabila memperkenalkan teknik pembelajaran baharu menggunakan “Rosenbauer Panther Tactical Simulator” yang memberi pendedahan akan elemen-elemen taktikal yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh setiap operator jentera yang merupakan nadi terpenting dalam operasi menyelamat dan memadam kebakaran, menerusi penggunaan teknologi simulator berkomputer.

Program simulator taktikal ini merupakan hasil kerjasama antara Malaysia Airports dan UMW Holdings Berhad (UMW) yang menggabungkan teknologi dari Austria dan Amerika Syarikat. Pihak Austria di bawah syarikat Rosenbauer dengan kepakaran jenteranya, telah membekalkan prasarana fizikal, sesuai dengan penggunaan jentera baharu yang digunakan di lapangan terbang seluruh negara. Manakala pihak Amerika Syarikat pula, di bawah syarikat Advance Disaster Management System (ADMS) telah menyalurkan kepakaran teknologi komputer bagi menghasilkan perisian simulator yang bertaraf dunia.

Di majlis yang sama juga, Tan Sri Datuk Sri Dr. Wan Abdul Aziz turut mengumumkan penambahan 17 jentera baharu Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang. Pertukaran besar-besaran jentera bomba ini telah dilakukan oleh Malaysia Airports secara berperingkat sejak dari tahun 2010 dengan jumlah pelaburan sebanyak RM172 juta untuk membeli 41 buah jentera baharu bagi menggantikan jentera bomba yang sedia ada. Bagi fasa pertama, dari tahun 2010 hingga 2013, sejumlah 24 buah jentera telah selesai dihantar ke lapangan-lapangan terbang manakala untuk fasa kedua, sejumlah 17 buah jentera tambahan juga telah selesai dihantar ke balai bomba di seluruh lapangan terbang Malaysia Airports di seluruh negara pada penghujung Mei lalu.

Tan Sri Dato’ Sri Dr. Wan Abdul Aziz turut menambah, “Saya yakin dan percaya dengan adanya inisiatif program latihan simulator taktikal yang berteknologi tinggi dan penukaran jentera bomba yang baharu ini, ianya bukan sekadar satu pelaburan yang baik dari segi jangka panjang dalam meningkatkan tahap keselamatan di lapangan terbang, malah dalam masa yang sama juga turut membantu meningkatkan tahap kecekapan pasukan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang dalam menghadapi sebarang kebarangkalian insiden di lapangan terbang."

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Mr. Tan Chin Lam, Pengarah Bahagian Jentera Berat, UMW Corporatation Sdn Bhd, Puan Ir. Suradini Abdul Ghani, Pengurus Besar Kanan Malaysia Airports, Encik Abd Malik Mohd Yunus, Pengurus Besar Airports Fire & Rescue Service Malaysia Airports, Mr. Hans Seebacher, Pengurus Jualan Serantau, Rosenbauer International dan Pengurusan Kanan Malaysia Airports.

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

Section Heading