Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Malaysia Airports Sambut Baik Pembukaan Sempadan Negara

SEPANG – Selaku pengendali lapangan terbang utama negara, Malaysia Airports menyambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia tentang pembukaan semula sempadan negara pada 1 April 2022 dan langkah negara beralih ke fasa endemik.

Memetik kenyataan daripada Pengerusi Malaysia Airports, Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan di atas keputusan terkini, “Pembukaan semula sempadan negara tentunya menjadi titik tolak yang akan merangsang pemulihan prestasi ekonomi negara. Ia sekaligus akan melonjak prestasi Malaysia Airports hasil daripada tambahan bilangan pergerakan penumpang antarabangsa. Sebelum pandemik COVID-19 melanda, Malaysia menerima kunjungan pelancong seramai 26 juta yang telah menjana sebanyak RM86 bilion dalam perbelanjaan pelancong. Dengan pembukaan semula sempadan, negara bakal meraih semula punca pendapatan ini. Di samping itu, permintaan pasaran global bagi pelbagai industri tempatan juga akan kembali meningkat dan ini semua berpotensi untuk memulihkan ekonomi negara dengan lebih pantas.”

Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry juga memberi komitmen Malaysia Airports akan menyokong penuh semua usaha kerajaan dengan memastikan kualiti perkhidmatan di lapangan terbang sentiasa berada di tahap yang tertinggi sebagai salah satu langkah penyediaan menerima bilangan penumpang yang lebih ramai.

 

You might also like:

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

SEPANG - Malaysia Airports (the Group) and the Government of Malaysia (GoM) officially…

SEPANG - Langkawi International Airport (LGK) once again won the 2023 Airport Service…

Section Heading