Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Malaysia Airports Sambut Hari Kanak-kanak Sedunia Bersama Pelajar Sk Subang Bantuan Dan Sokongan Dihulurkan Kepada Sekolah Angkat Malaysia Airports Dalam Memastikan Suasana Ceria Dapat Dizahirkan Kepada Komuniti Setempat

SUBANG – Malaysia Airports bersama-sama wargakerjanya telah menganjurkan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia bersama para pelajar sekolah angkat Malaysia Airports dari SK Subang, Subang Jaya dengan bertemakan ‘Aspirasi Heroku’. Sambutan yang diadakan bersempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia ini merupakan salah satu tanggungjawab korporat sosial Malaysia Airports bersama-sama dengan komuniti setempat dalam memastikan suasana ceria terutamanya bersama kanak-kanak dapat dizahirkan bukan sahaja di lapangan terbang malah juga kawasan sekitarnya.

Seramai 2000 orang pelajar dan guru dari SK Subang telah menyertai sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia ini bersama Malaysia Airports. Sambutan yang diadakan di kawasan sekolah SK Subang ini telah membawa keceriaan kepada para pelajar melalui beberapa aktiviti luar yang menarik dan menyeronokkan. 

Sambutan kali ini juga melibatkan pembabitan seramai 13 orang wargakerja Malaysia Airports yang juga merupakan ahli aktif  di Malaysia Airports Cycling Team (MyCT).  Kumpulan ini yang turut dikenali sebagai ‘Skuad Ceria on Wheels” telah menunggang basikal sejauh lima kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang ke SK Subang sebagai tanda simbolik meraikan Hari Kanak-Kanak Sedunia sambil mewujudkan suasana ceria di kalangan pelajar. Selain itu, “Skuad Ceria on Wheels” akan melaksanakan beberapa aktiviti sampingan seperti mengendali gerai pameran permainan kanak-kanak yang meliputi permainan minda dan skil. 

Malaysia Airports turut mengambil kesempatan untuk menaja peralatan sukan berjumlah RM6,000.00 kepada pihak sekolah dalam meningkatkan mutu sukan sekolah yang memberi tumpuan kepada sukan ragbi dan memanah. Sebanyak 30 helai jersi, peralatan sukan memanah dan ragbi telah disampaikan oleh Pengurus Besar Malaysia Airports Sdn Bhd (MASB), En Suhaimi Mubin. Beliau berkata, “Seperti yang dimaklumkan oleh pihak sekolah, pencapaian para pelajar SK Subang dalam bidang sukan dan permainan adalah lebih menyerlah berbanding bidang kokurikulum yang lain. Ini membuktikan bahawa perlaksanaan program ini bersesuaian dengan prestasi kini sekolah, justeru berpotensi untuk meningkatkan dan mengekalkan kecemerlangan sukan sekolah dan para pelajar yang terlibat.” 

Menurut Guru Besar SK Subang, En Muhammad Fadzli Kamarudin, pihak beliau amat berbesar hati kerana Malaysia Airports telah memilih SK Subang dan percaya dengan bantuan kewangan dan sokongan moral yang diberikanakan terus menjadi pemangkin semangat kepada para pelajar dan guru sekolah SK Subang. 

Selain dari menaja peralatan sukan dan meraikan para pelajar bersempena Hari Kanak-Kanak, Malaysia Airports turut membawa atlet ragbi negara yang merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 iaitu Nik Mohd Shahiddan Mohd Zain untuk turut serta memberi semangat dan berkongsi pengalaman bersama skuad ragbi Rimau SK Subang melalui satu klinik ragbi khas yang telah diadakan pada hari yang sama. Klinik ragbi ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang lebih luas kepada para pemain akan cara dan teknik yang berkesan serta selok belok dalam dunia ragbi.

Tidak hanya memberi tumpuan kepada aktiviti sukan, Malaysia Airports melalui program Community Enrichment dibawah tanggungjawab sosial korporat syarikat juga akan menaiktaraf sembilan buah kelas pembelajaran murid tahun enam yang merangkumi aspek penambahbaikkan dari segi kerja-kerja mengecat, baik pulih lantai dan penukaran tingkap yang berjumlah RM50,000. Kesemua kerja membaik pulih ini dijangka siap pada Disember 2017.

SK Subang yang terletak di Jalan Merbau, Kg Melayu Subang merupakan antara sekolah disekitar lapangan terbang yang terpilih bagi program sekolah angkat Malaysia Airports. Malaysia Airports sebagai sebuah entiti korporat yang dekat dengan komuniti, amat berbangga dapat menjadi sebahagian daripada aktiviti-aktiviti yang melibatkan kanak-kanak khususnya dan begitu bertuah untuk turut terlibat secara langsung dalam mengikuti proses perkembangan para pelajar yang akan menjadi pemimpin pada masa hadapan.

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

Section Heading