Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Malaysia Airports Sumbang Dua Ekor Anjing Pengesan Kepada Perhilitan

SEPANG - Selaras dengan usaha Malaysia Airports untuk mempergiat kerjasama antara agensi-agensi lapangan terbang dalam usaha membendung kegiatan penyeludupan haiwan liar melalui jalan udara, Malaysia Airports telah menyumbang dua ekor anjing pengesan hidupan liar dari baka Belgian Malinois kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia.

Menurut Pengurus Besar Kanan Malaysia Airports Sepang, Mohd Arif Jaafar walaupun urusan tangkapan dan penahanan penyeludupan hidupan liar adalah di bawah tanggungjawab penguatkuasa undang-undang, pihak pengendali lapangan terbang juga mengambil berat akan isu ini, “Kami sering mengadakan pertemuan berkala dengan agensi-agensi bagi tujuan menjalankan operasi bersama untuk meningkatkan pemeriksaan keselamatan dan bagasi ke atas penerbangan yang telah dikenalpasti. Terkini, kami mengambil inisiatif telah mengimport dua ekor anjing pengesan dari Police Dogs Centre Holland di Belanda untuk disumbangkan kepada PERHILITAN.”

Kedua-dua ekor anjing ini yang masing-masing berumur 1 tahun 2 bulan, dan 1 tahun 5 bulan, yang bernama Van dan Perry ini telah menjalani latihan intensif oleh pelatih profesional untuk mengesan hidupan liar yang tersenarai di dalam Konvensyen Tentang Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES) seperti gading gajah, sumbu badak, sisik tenggiling, ular, dan kura-kura.

Penyerahan anjing pengesan tersebut telah disempurnakan pada petang tadi oleh Malaysia Airports diwakili oleh Mohd Arif Jaafar kepada Jabatan PERHILITAN yang diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi) PERHILITAN, YBhg. Dato’ Fakhrul Hatta Musa dan disaksikan oleh Dato’ Anis Rizana Mohd Zainudin, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam sebuah majlis ringkas di mana sebuah demonstrasi kebolehan anjing pengesan tersebut turut dipersembahkan kepada para tetamu yang hadir.

Selain PERHILITAN, kerjasama Malaysia Airports turut melibatkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melaksanakan pelbagai program kesedaran dan latihan untuk kakitangan bagi memastikan mereka memahami dan dapat mengesan sebarang tanda penyeludupan hidupan liar.

You might also like:

Licence to Win: Iconic Airport Shopping Campaign Returns!

SEPANG - Sebuah pusat dialisis bakal diwujudkan di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA (Masjid…

SEPANG - Intensive efforts by the Malaysia Airports Group to expand the country's network…

SEPANG - The much-anticipated Aerotrain Replacement Project at KL International Airport […

Section Heading