Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Malaysia Airports Sumbang RM35,000 Barangan Keperluan Harian Sempena Aidiladha

Di samping agihan daging korban sumbangan Kerajaan Negeri Selangor, majlis penyerahan sumbangan berlangsung di Masjid KLIA, Sepang

SEPANG – Malaysia Airports telah menyumbang sebanyak RM35,000 berupa barangan keperluan harian bagi membantu 55 buah keluarga yang terpilih yang bermastautin di Kampung Labu Lanjut, Sepang. Penyampaian simbolik sumbangan itu telah diadakan di dalam kawasan masjid tersebut tengahari tadi dengan pematuhan ketat Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka dan pejarakan fizikal. Majlis tersebut menyaksikan lima wakil dari lima buah keluarga menerima sumbangan bantuan tersebut yang dianjurkan di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA iaitu sebuah masjid di bawah pengelolaan Malaysia Airports.

Di kesempatan yang sama, bersempena sambutan Aidiladha baru-baru ini, turut diagihkan dalam majlis yang sama adalah daging korban yang telah siap disembelih dan diproses di Giching dan diedarkan kepada penerima yang sama. Baki sumbangan akan diserahkan kepada 50 penerima yang lain di kediaman mereka di kampung tersebut oleh wargakerja Malaysia Airports. Kampung Labu Lanjut dipilih berikutan lokasinya yang terletak paling hampir dengan lokasi ibu pejabat Malaysia Airports di Sepang, Selangor.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports, Dato’ Mohd Shukrie Mohd Salleh, “Disamping mengukuhkan lagi jalinan hubungan ceria yang telah sekian lama terbina di antara komuniti lapangan terbang dan setempat, sumbangan ini telah memberi peluang untuk kami memperluaskan lagi inisiatif tanggungjawab korporat kami di bawah payung Airport@Community. Kami turut berpeluang menyumbang barangan keperluan harian kepada komuniti yang layak di sekitar Sepang.”

Dgceo

“Diharapkan agihan daging korban serta sumbangan yang diberikan pada hari ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ahli-ahli komuniti yang amat terkesan akibat penularan wabak COVID 19 yang melanda negara kita”, tambah beliau lagi.

Selain Dato’ Mohd Shukrie, majlis sumbangan tersebut turut disempurnakan dengan kehadiran pihak pengurusan Malaysia Airports yang lain serta wakil daripada Pejabat Operasi Agihan Daerah Sepang Lembaga Zakat Selangor dan juga Ketua Kampung Labu Lanjut. Majlis tersebut telah bermula pada jam 12 tengahari tadi berlangsung selama lebih kurang dua jam dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari dengan mengikut SOP yang ditetapkan kepada mereka yang terlibat di dalam majlis agihan tersebut.

Diana

 

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

Section Heading