Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Malaysia Airports Taja Bengkel Upsr Untuk Guru-guru Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Daerah Kuala Langat

KUALA LANGAT – Malaysia Airports Holdings Berhad (Malaysia Airports) terus aktif memainkan peranan mereka sebagai sebuah entiti korporat yang bertanggungjawab dalam menyumbang kembali kepada komuniti setempat dengan pelbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan yang dianjurkan sepanjang tahun.

Hari ini, Malaysia Airports sekali lagi menunaikan tanggungjawab sosial korporat mereka melalui inisiatif bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Langat untuk meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru Bahasa Inggeris bagi  bagi membantu murid menguasai teknik menjawab soalan UPSR Bahasa Inggeris Format Baru 2016 dengan menganjurkan Bengkel UPSR Format Baru Bahasa Inggeris untuk Guru-Guru Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Daerah Kuala Langat bertempat di Dewan Cenderawasih PPD Kuala Langat.

“Format peperiksaan UPSR 2016 bagi subjek Bahasa Inggeris telah ditambahbaik dan akan dilaksanakan buat pertama kalinya pada tahun ini sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Beberapa penambahan dan perubahan dibuat dalam format baru yang bakal dipraktikkan untuk pertama kalinya kepada 450,000 calon UPSR di seluruh Malaysia pada tahun ini. Oleh itu kesudian Malaysia Airports untuk turut bersama-sama kita bagi menggalas tanggungjawab dan sekaligus menaja kos penganjuran bengkel ini adalah amat dihargai,” jelas Agus Salim Shahrom, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Langat.

Bengkel ini merupakan salah satu program yang dikhususkan untuk guru-guru Bahasa Inggeris Tahun 6 sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru dan perkongsian ilmu dalam memahami lebih mendalam Format Baharu UPSR Bahasa Inggeris serta membantu meningkatkan  pencapaian Mata Pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah di daerah ini.

Mengulas mengenai komitmen dan penglibatan Malaysia Airports dalam aktiviti-aktivit kemasyarakatan berbentuk pendidikan, Naszrien Nasir, Pengurus Komunikasi Korporat Malaysia Airports berkata, “Ini bukanlah kami pertama kami terlibat secara langsung dalam program berbentuk pendidikan seumpama ini. Malaysia Airports sendiri melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat kami telah melancarkan program Beyond Borders sejak dari tahun 2007 bagi turut sama membantu sekolah-sekolah yang terpilih di seluruh negara dalam mempertingkatkan lagi keupayaan dan kemahiran pelajar mereka dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Pada tahun ini sahaja, kami telah memilih tujuh buah sekolah rendah di seluruh Malaysia untuk dijadikan sekolah angkat bagi program Beyond Borders dan melalui program ini, para guru dan pelajar didedahkan dengan pelbagai program dan modul untuk membantu para pelajar menguasai Bahasa Inggeris mereka. Harapan kami di Malaysia Airports agar sumbangan kami dalam membantu pihak sekolah dan para pelajar melalui program-program seumpama ini akan terus memberi manfaat dan sekaligus memberi impak positif kepada pihak sekolah, para guru dan pelajar khususnya.”

 

Bengkel yang bermula seawal jam 8 pagi itu telah disertai oleh 64 orang guru Bahasa Inggeris dari sekolah-sekolah rendah sekitar Daerah Kuala Langat.

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

Section Heading