Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Malaysia Airports Terus Mengekalkan Tahap Kesiapsiagaan Keselamatan Lapangan Terbang Dengan Pengambilan Rekrut Baru Anggota Keselamatan Penerbangan

Seramai 229 Rekrut Anggota Keselamatan Penerbangan (AVSEC) Ditauliahkan Dalam Istiadat Majlis Perbarisan Tamat Latihan

SEPANG -  Malaysia Airports meneruskan usaha mengekalkan tahap kesiapsiagaan keselamatan lapangan terbang di seluruh negara dengan pengambilan seramai 229 pelatih baru anggota keselamatan (AVSEC) di dalam satu istiadat Majlis Perbarisan Tamat Latihan Asas Pegawai dan Anggota Keselamatan Penerbangan (Polis Bantuan) di Kompleks Bunga Raya, KLIA pagi ini. 

Pengambilan baru ini menambah kepada jumlah kekuatan keseluruhan anggota keselamatannya menjadi lebih 4,000 orang, yang mana lebih kurang 2,500 daripada bilangan ini ditempatkan di KLIA, termasuk terminal keduanya, klia2. Seramai 36 orang pelatih pegawai dan 193 orang pelatih anggota telah menamatkan latihan di dalam pengambilan Pelatih Keselamatan Penerbangan Skuad MAHB 24, Siri 1 Tahun 2017. 

Menurut pengarah urusan Malaysia Airports, Datuk Badlisham Ghazali,  Malaysia Airports aspek keselamatan lapangan terbana tidak harus dipandang remeh baik daripada pengendali lapangan terbang mahupun orang awam. Tambahan pula berikutan trend insiden-insiden keganasan yang sering berlaku kebelakangan ini. 

“Kami sentiasa mengekalkan tahap kesiapsiagaan kami pada aras tertinggi melalui pelbagai cara seperti mengadakan perbincangan kerap dengan pihak berkuasa dan juga melakukan latihan simulasi insiden keganasan atau kemalangan seperti yang di lakukan lewat tahun lepas di Lapangan Terbang Sandakan dan terminal klia2. Tentunya kami akan meneruskan usaha-usaha sebegini pada tahun 2018 mengikut jadual yang telah ditetapkan. Namun, saya juga ingin menyeru para pengguna lapangan terbang agar mematuhi setiap arahan dan peraturan keselamatan lapangan terbang yang telah ditetapkan. Arahan dan peraturan ini bukan sahaja penting bagi keselamatan lapangan terbang tetapi juga penting dalam menjaga keselamatan negara,” ujar beliau lagi. Turut hadir di istiadat Majlis Perbarisan Tamat Latihan ini ialah YAM Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Jamalullail, pengerusi Malaysia Airports sebagai tetamu kehormat, diikuti Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pengangkutan Malaysia Mohd Khairul Adib Abdul Rahman; Timbalan Pengarah JPJKK/Operasi DCP Dato’ Zainal Abidin Bin Kasim; dan Ketua Polis Selangor CP Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor, Seramai 1,300 orang turut hadir menyaksikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan.  

Seramai lazimnya, kesemua anggota AVSEC ini dilatih dengan latihan intensif yang melibatkan tiga fasa dalam tempoh enam bulan selepas proses temuduga terbuka, saringan dan pemilihan dijalankan. Antara latihan-latihan yang dijalankan untuk para pelatih dalam fasa pertama adalah Latihan Kepolisan di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL) Kuala Lumpur dan PULAPOL Air Hitam, Negeri Sembilan. Fasa kedua pula melibatkan Latihan Keselamatan Penerbangan yang diadakan di Malaysia Airports Training Centre, KLIA. Seterusnya para pelatih didedahkan kepada latihan kerja amali di KLIA dalam fasa ketiga. 

Modul-modul latihan yang diberikan merangkumi aspek asas tugasan polis; semua akta, peraturan dan prosedur keselamatan lapangan terbang serta pelan kontinjensi menangani kecemasan di lapangan terbang.

You might also like:

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

SEPANG - Malaysia Airports (the Group) and the Government of Malaysia (GoM) officially…

SEPANG - Langkawi International Airport (LGK) once again won the 2023 Airport Service…

Section Heading