Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Malaysia Airports Teruskan Komitmen Pembangunan Modal Insan Menerusi SLDN

SEPANG – Malaysia Airports terus meningkatkan kemampuan dan kompetensi warga kerjanya melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) apabila seramai 38 warga kerja syarikat itu yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Kewangan berjaya menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 hari ini.

Program SLDN yang khusus bagi kakitangan Jabatan Kewangan ini telah bermula pada 1 Julai 2014 dan ditawarkan kepada pekerja bukan eksekutif yang mempunyai pengalaman minima 10 tahun dalam bidang Kewangan. Program ini merupakan satu pendekatan baru dalam latihan kemahiran bagi membangunkan kompetensi tenaga kerja berkemahiran berorientasikan industri melalui 30% teori dan 70% praktikal di tempat kerja; manakala modul pembelajaran bagi program ini adalah hasil perbincangan dan pembangunan idea di antara tenaga pengajar dan jurulatih yang terlibat bagi memastikan modul yang dihasilkan mampu memberi impak dan relevan dengan perkembangan dan permintaan semasa industri. Program ini secara langsung memberi impak kepada pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berupaya melahirkan pekerja mahir yang berdaya saing serta mampu memperkemas sistem penyampaian perkhidmatan.

Kakitangan yang telah berjaya mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia ini berpeluang untuk memohon kekosongan bagi jawatan yang lebih tinggi bergantung kepada kekosongan jawatan dan kelulusan yang bersesuaian. Ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk membuka peluang kakitangan bukan eksekutif untuk meningkatkan pencapaian diri mereka melalui Upward Mobility Scheme (UMS) yang telah diperkenalkan oleh Khazanah Nasional.

Tujuan SLDN dilaksanakan adalah bagi memperkukuhkan sistem penyampaian latihan kemahiran negara dalam usaha meningkatkan kualiti keluaran tenaga kerja mahir yang dapat memenuhi keperluan industri dan sekaligus melahirkan lebih ramai modal insan berkualiti yang berkemahiran, berpengetahuan, inovatif dan mampu menhadapi saingan global serta revelan dengan keperluan industri semasa. Ia juga berfungsi sebagai landasan kepada syarikat bagi melatih bakal pekerja mereka.

Dalam ucapan perasmian YM Raja Azmi Raja Nazuddin, Ketua Pegawai Kewangan Malaysia Airports menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada para graduan dan berkata, “Penganjuran majlis seumpama ini sebenarnya adalah bertujuan untuk memberi motivasi, perangsang dan ingatan agar para graduan dapat meningkatkan prestasi diri dan bekerja dengan lebih bersemangat untuk memastikan prestasi syarikat dipertingkatkan sejajar dengan visi syarikat iaitu ‘To be a Global Leader in Creating Airport Cities’. Saya juga ingin menyarankan kepada para graduan untuk sentiasa mempamirkan Identiti Jenama atau Brand Identity kita iaitu Friendly & Firm, Progressive & Practical dan Business Driven & Responsible dalam kerja-kerja seharian supaya jenama kita lebih dikenali dan kakitangan Malaysia Airports lebih menonjol.”

Penyampaian Anugerah Perantis Terbaik kepada graduan terpilih dan Sijil Penghargaan kepada tenaga pengajar turut disempurnakan pada majlis berkenaan yang merupakan edisi kedua penganjuran dan telah berlangsung di Hotel Sama-Sama, KLIA lewat tengahari tadi.

Turut hadir ke majlis tersebut adalah Md Shamsuri B Md Isa, Pengurus Besar Kanan Bahagian Sumber Manusia Malaysia Airports, Nornajihah bt Ismail, Pengurus Besar Kewangan Malaysia Airports , pengurusan kanan Malaysia Airports dan ahli keluarga para graduan.

You might also like:

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

SEPANG - Malaysia Airports (the Group) and the Government of Malaysia (GoM) officially…

SEPANG - Langkawi International Airport (LGK) once again won the 2023 Airport Service…

Section Heading