Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Malaysia Airports Teruskan Pembangunan Modal Insan Menerusi SLDN

SEPANG – Malaysia Airports terus meningkatkan kemampuan dan kompetensi warga kerjanya melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) apabila seramai 46 warga kerjanya berjaya menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 hari ini.

Program SLDN ini secara langsung memberi impak kepada pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berupaya melahirkan pekerja mahir yang berdaya saing serta mampu memperkemas sistem penyampaian perkhidmatan. Sijil SKM memberi pengiktirafan kepada individu yang telah mencapai tahap kemahiran dan kompetensi berteraskan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bidang operasi lapangan terbang serta  menyediakan  laluan kerjaya yang berstruktur.

Kerjasama berteraskan Blue Ocean Strategy di antara Kementerian Sumber Manusia dan Malaysia Airports ini  bertujuan untuk memartabat dan memperkasakan latihan kemahiran dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi selaras dengan keperluan RMKe-10 yang mana kerajaan mensasarkan 50% tenaga kerja mahir menjelang tahun 2020. Penekananan akan diberikan bagi menghasilkan lebih ramai modal insan berkualiti yang berkemahiran, berpengetahuan, inovatif dan mampu menhadapi saingan global serta revelan dengan keperluan industri semasa.

Tujuan SLDN dilaksanakan adalah bagi memperkukuhkan sistem penyampaian latihan kemahiran negara dalam usaha meningkatkan kualiti keluaran tenaga kerja mahir yang dapat memenuhi keperluan industri. Ia juga berfungsi sebagai landasan kepada syarikat bagi melatih bakal pekerja mereka. Hasilnya pekerja akan menjadi lebih mahir dan berketerampilan.

Latihan sedemikian juga dapat mengurangkan jurang ketidaksepadanan kemahiran dan kos latihan. Program ini secara keseluruhannya akan dapat memperkukuhkan lagi pembangunan modal insan khususnya pembangunan tenaga kerja mahir negara dalam menjana pertumbuhan dan perkembangan ekonomi. 

Melalui SLDN, Malaysia Airports menggalakkan kakitangan bukan eksekutifnya untuk meningkatkan tahap kemahiran dan kecekapan ke arah pembangunan daya kepimpinan dan kemajuan kerjaya. Ini adalah usaha pengekalan (retention) Malaysia Airports untuk warga kerjanya di bawah ‘Upward Mobility Program’.

Selaras dengan mekanisma pelaksanaan SLDN yang berorientasikan industri, Pejabat Korporat Malaysia Airports serta enam lapangan terbang telah diiktiraf sebagai syarikat SLDN oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran sehingga Ogos 2014. Senarai penuh pusat yang diiktiraf adalah seperti berikut:-

  1. Pejabat Korporat, Malaysia Airports Holdings Berhad
  2. Lapangan Terbang Antarabangsa KL
  3. Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang
  4. Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
  5. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
  6. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu 
  7. Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang

Sehubungan itu, Bahagian Pengurusan Latihan Malaysia Airports bersama-sama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah menyusun strategi untuk memastikan pelaksanaan program SLDN ini berjalan seperti yang dirancangkan. Untuk tujuan tersebut, Malaysia Airports telah bekerjasama dengan JPK untuk membangunkan NOSS. 

NOSS adalah dokumen yang menggariskan keterampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai keterampilan tersebut. 

  • Berikut adalah NOSS yang telah dan sedang dibangunkan hasil kerjasama pihak JPK dan Malaysia Airports: 
  • Aeronautical Ground Lighting Maintenance
  • Baggage Handling System Operation & Maintenance Services
  • Passenger Boarding Bridge Operation & Maintenance Services
  • Airport Operation (Landside & Airside)
  • Airport Fire Rescue Services (AFRS)
  •  Aeronautical Ground Lighting (AGL)
  • Baggage Handling System (BHS)
  • Passenger Boarding Bridge 

Anugerah Perantis Terbaik kepada 4 graduan terpilih, Surat Tawaran kepada Perantis Baru dan Sijil Penghargaan kepada tenaga pengajar dan panel pembangunan NOSS turut disampaikan pada Majlis Konvokesyen Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Malaysia Airports & Penyerahan Dokumen National Occupational Skills Standard (NOSS) 2014 yang berlangsung di Hotel Sama-Sama, KLIA.

Hadir pada majlis tersebut adalah YBhg. Datuk Dr. Pang Chau Leong, Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran dan YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Pengerusi Malaysia Airports.

You might also like:

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

SEPANG - Malaysia Airports (the Group) and the Government of Malaysia (GoM) officially…

SEPANG - Langkawi International Airport (LGK) once again won the 2023 Airport Service…

Section Heading