Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

#MyAirportcares Bantu Persediaan Pelajar Menyambut Aidilfitri 2020

Sinar Lebaran Lebih Ceria Bagi Pelajar Daripada Tiga Buah Sekolah Dengan Bantuan Persiapan Perayaan Aidilfitri 
 

SEPANG– Sinonim saban tahun semenjak 2016, Program Ceria Ramadhan Malaysia Airports seringkali mewarnai aktiviti projek amal dalam usaha memberi sinar ceria kepada sekumpulan pelajar yang kurang bernasib baik dalam sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Menerusi inisiatif #MYAirportCARES, Program Ceria Ramadhan dijalankan di bawah kerangka kerja program Tanggungjawab Korporat (CR) Malaysia Airports yang dikenali sebagai Airport@Community bertujuan menyantuni komuniti sekitar operasi lapangan terbang di bawah kendalian Malaysia Airports. 

Pada tahun ini, seramai 88 orang pelajar daripada tiga buah sekolah telah terpilih iaitu SK Cyberjaya, SK Bukit Tampoi dan SK Sungai Melut yang berada di sekitar daerah Sepang di mana Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan terminal keduanya, klia2 beroperasi. Pada tahun-tahun lain sebelum ini, Malaysia Airports akan menaja para pelajar yang layak dengan membawa mereka ke pasaraya bagi membolehkan mereka memilih sendiri pakaian raya yang disukai di samping pemberian duit raya dan juga beg ‘goodies’.

Walaupun aktiviti tahunan yang bakal memasuki tahun kelima penganjurannya itu tidak dapat diteruskan pada tahun ini kerana akur kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan perhimpunan beramai-ramai bagi membendung penularan wabak Covid-19 di seluruh negara, Malaysia Airports menerusi #MYAirportCARES tidak menghentikan usahanya dengan menukar konsep kaedah penyampaian sumbangan organisasi tersebut agar terus dapat memberi keceriaan kepada para pelajar yang terdiri daripada mereka yang datang dari keluarga yang kurang bernasib baik.  

Ketua pegawai eksekutif kumpulan Malaysia Airports Dato’ Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, “Walaupun pada tahun ini kita tidak dapat membawa mereka keluar secara fizikal untuk memilih kelengkapan pakaian hari raya di pasaraya seperti tahun-tahun lepas sejak 2016 kerana syarat-syarat di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mematuhi amalan norma baharu, namun, ianya bukanlah satu halangan bagi #MYAirportCARES untuk terus memberikan keceriaan kepada para pelajar ini dalam menyambut perayaan Aidilfitri yang akan tiba lebih kurang 10 hari saja lagi. Justeru, dalam meneruskan usaha kami untuk membantu mereka walaupun dalam keadaan semasa, kami memberi sedikit nafas baru dalam menyampaikan bantuan kepada para pelajar ini dan diharapkan dengan bantuan kami ini, dapat sedikit sebanyak dapat memberikan keceriaan kepada mereka dalam menyambut Aidilfitri.”

Dengan sumber dan pendekatan yang ada, operator lapangan terbang itu kini memberi sedikit kelainan dalam penyampaian bantuan mereka agar nasib para pelajar ini tetap terbela. Malaysia Airports telah mengambil langkah proaktif dengan membuat pembelian barangan keperluan daripada rakan niaga mereka di lapangan terbang berupa makanan kering, set penjagaan diri dan kesihatan serta hamper berisi coklat untuk diberikan kepada pelajar-pelajar yang terpilih. Selain itu, para pelajar turut mendapat sampul berisi duit raya.

“Malaysia Airports terus komited untuk meringankan beban orang ramai yang turut terkesan daripada penularan wabak Covid-19 dan sekaligus dapat memberi keceriaan selaras janji penjenamaan kami iaitu menjalin hubungan ceria,” tambah Mohd Shukrie.

Program kali ini menyaksikan penyerahan sumbangan sebanyak RM84,000 bagi pihak Malaysia Airports kepada wakil ketiga-tiga buah sekolah yang diadakan di Lobi Pejabat Korporat Malaysia Airports di Sepang dengan kehadiran yang minima. Turut menjayakan program ini adalah sukarelawan #MYAirportCARES yang terdiri daripada wargakerja Malaysia Airports sendiri terutama dari divisyen Keselamatan Penerbangan (AVSEC) dan Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) yang membawa bungkusan-bungkusan makanan kering, keperluan diri dan hamper tersebut bagi tujuan agihan kepada sekolah-sekolah yang terlibat.

Selain daripada Program Ceria Ramadhan, akibat dari penularan wabak Covid-19, inisiatif #MYAirportCARES ini diwujudkan bagi tujuan menunjukkan sokongan dari Malaysia Airports dalam mengambil peranan untuk bersama dalam usaha negara mengekang penularan wabak itu. Terdahulu, menerusi #MYAirportCARES, Malaysia Aiports telah menyumbang sebanyak RM320,000 berupa 2,000 ‘Pek Keselesaan’ atau ‘Comfort Kits’ terdiri daripada beg tidur, barangan kelengkapan mandi, tuala dan coklat diberikan khusus kepada para barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh yang telah bertungkus lumus menangani penularan wabak tersebut. 

Antara usaha lain yang turut dijalankan menerusi inisiatif #MYAirportCARES adalah program kutipan derma wargakerja Malaysia Airports untuk mengedarkan juadah berbuka puasa kepada lebih kurang 4,000 para petugas barisan hadapan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (Kod IATA: KUL) yang  bertugas untuk sentiasa memastikan keselamatan di lapangan terbang berada di tahap tertinggi. 
 

CeriaRamadan

ceriaramadan2

 

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

Section Heading