Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Penaiktarafan Padang Terbang Bario Beri Manfaat Kepada Hampir 7,500 Orang Penduduk Daerah Kecil Bario

STOLport Bario telah beroperasi selama 22 tahun semenjak tahun 1996. Di antara kemudahan yang dinaiktaraf di bangunan terminal STOLport tersebut termasuklah menaiktaraf kawasan menunggu yang lebih selesa bagi para penumpang, menyediakan lebih banyak ruang parkir motosikal baru dan pembaharuan kepada struktur dalam dan luar terminal. 

Menurut pemangku ketua pegawai eksekutif kumpulan Malaysia Airports Raja Azmi Raja Nazuddin, “Banyak yang telah dicapai dengan adanya STOLport ini terutama kepada rakyat tempatan. Selain menghubungkan para penduduk tempatan serta masyarakat luar dengan kawasan pedalaman, STOLport juga berperanan sebagai salah satu cara Malaysia Airports memberi semula kepada masyarakat menerusi program tanggungjawab sosial korporat kami atau CSR. Dengan kekerapan penerbangan ke Bario setelah penaiktarafan ini dijalankan, saya yakin sektor eko-pelancongan akan berkembang pesat dan pada masa yang sama, taraf ekonomi turut meningkat disamping mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk penduduk Bario. Penaiktarafan bangunan terminal STOLport Bario ini juga mampu meningkatkan pengendalian pesawat daripada setakat 21 kepada 28 buah pesawat seminggu. Suka juga saya maklumkan STOLport Bario adalah di antara STOLport yang mencapai peningkatan sebanyak kira-kira 4.4% berbanding STOLport lain dari segi jumlah penumpang dikendalikan. Setakat tahun 2017, STOLport berkenaan telah mengendalikan seramai 25,100 orang penumpang berbanding 24,080 orang penumpang pada tahun sebelumnya”. 

Kesemua 18 STOLport yang kami kendalikan di Malaysia terletak di kawasan pedalaman serta kawasan-kawasan penempatan yang sukar dicapai melalui jaringan pengangkutan darat. Selain tidak mengenakan caj perkhidmatan penumpang atau PSC kepada hampir 165,000 penumpang, kewujudan STOLport di kebanyakkan kawasan pedalaman juga dapat menjimatkan waktu perjalanan masuk atau keluar ke kawasan-kawasan tertentu. Perkara ini tentunya tidak dapat dicapai sekiranya tiada kerjasama daripada pihak syarikat penerbangan MasWings Sdn Bhd yang telah menaja bersama lawatan pada kali ini. Kini penumpang ke Bario cuma perlu mengambil masa selama 50 minit perjalanan menaiki pesawat dari Miri berbanding perjalanan darat yang memakan masa hampir 12 jam, tambah Azmi lagi. 

Dengan penaiktarafan STOLport Bario ini, peluang-peluang pekerjaan berdasarkan industri dapat diwujudkan kepada penduduk tempatan seperti kontrak memotong rumput, membersih longkang padang terbang, kerja-kerja projek serta pembersihan terminal dianugerahkan kepada syarikat tempatan Bario. Selain daripada itu, perusahaan kantin dan kios jualan menjual produk industri hiliran tempatan turut diberikan kepada rakyat tempatan. Pasukan Relawan Rakyat (RELA) tempatan turut membantu melaksanakan tugas Polis Bantuan Penerbangan atau AVSEC dan anggota Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS).

Majlis perasmian tersebut turut dihadiri oleh Encik Aminuddin Zakaria ketua pegawai eksekutif MasWings Sdn Bhd di samping pengurusan kanan Malaysia Airports, wakil-wakil penduduk Bario, wargakerja STOLport Bario dan penduduk tempatan.

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

Section Heading