Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Pengagihan Daging Korban Kepada Komuniti Sekitar Sepang Oleh Malaysia Airports Bersempena Sambutan Aidil Adha

SEPANG – Seramai lebih 200 orang penduduk sekitar Daerah Sepang termasuk golongan asnaf menerima agihan daging sembelihan di dalam sebuah Majlis Ibadah Korban Aidiladha yang dianjurkan oleh Masjid Sultan Abdul Samad KLIA di bawah pengurusan Malaysia Airports bersempena perayaan Aidil Adha baru-baru ini. Selain wakil pengurusan organisasi tersebut, majlis itu turut menyaksikan penyertaan oleh hampir 100 orang sukarelawan yang terdiri daripada wargakerja syarikat, ahli jawatankuasa masjid dan komuniti setempat menggembleng tenaga bagi menjayakan program tersebut yang bertempat di perkarangan Masjid Sultan Abdul Samad KLIA, Sepang awal pagi hari ini.  

Menurut pengurus kanan operasi ‘landside’ Malaysia Airports yang juga merupakan timbalan nazir Masjid Sultan Abdul Samad KLIA, En Shahrunizam Mohd Jamil dalam ucapan beliau sebelum memulakan majlis penyembelihan tersebut, “Sejajar dengan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Malaysia Airports di bawah inisiatif Airport @Community, kami berasa berbesar hati untuk menyokong aktiviti yang dapat menyumbang kepada komuniti setempat terutamanya di Daerah Sepang ini. Jumlah sembelihan pada hari ini merupakan rekod terbesar bagi masjid ini”.

Sebanyak enam ekor lembu dan tiga ekor kambing hasil sumbangan individu dan organisasi disembelih dan diagihkan dalam majlis tersebut. Pengagihan daging korban turut disempurnakan dengan kehadiran pihak pengurusan Malaysia Airports antaranya ialah pengurus besar keselamatan penerbangan En Rosli Isa; pengurus besar perancangan dan pembangunan, En Zainol Mohd Isa dan wakil agensi di KLIA. Daging korban seterusnya diagihkan kepada penerima yang terdiri daripada golongan asnaf, wargakerja Malaysia Airports dan komuniti berhampiran di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) beroperasi.

Malaysia Airports yakin program sebegini dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan muafakat dalam melaksanakan ibadah korban dan diharap progam ini akan mendapat penglibatan agensi-agensi di sekitar KLIA pada masa hadapan dalam menzahirkan pengalaman ceria dengan menghubungkan masyarakat dan perniagaan, tambah Shahrunizam lagi.

Orang ramai mula beratur bagi mendapatkan bahagian daging korban bermula jam 9.45 pagi dan ianya berlangsung selama lebih kurang satu jam dengan hidangan jamuan makan tengahari yang dimasak dengan daging korban pada hari tersebut.

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

Section Heading