Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Pengalaman Beli Belah Di Lapangan Terbang Dipertingkat Menerusi Strategi ‘Commercial Reset’

Penetapan semula segmen lot komersial di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu capai status 50% siap

KOTA KINABALU - Malaysia Airports meneruskan usaha proaktifnya dalam mempertingkat pengalaman beli belah para tetamu di lapangan terbang menerusi strategi penetapan semula komersial atau ‘Commercial Reset’.  Penetapan semula lot komersial menerusi pelbagai segmen itu sehingga Julai 2020 telah pun mencapai status siap 50% di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (Kod IATA: BKI) selepas ianya diperkenalkan pada November 2018. 

Strategi ‘Commercial Reset’ ini diperkenalkan oleh Malaysia Airports bertujuan untuk meningkatkan profil perniagaan para peruncit dengan cara menambahbaik aspek lokasi dan variasia pasaran runcit di lapangan terbang.  Di antara segmen pemangkin utama bagi ‘Commercial Reset’ ini adalah segmen runcit bebas cukai, fesyen, perniagaan hiburan (retailtainment), industri makanan serta tema peruncitan ‘Sense of Malaysia’ di mana nilai komersial yang diterapkan lebih menjurus kepada jualan tempatan (localised). 

Mengenalpasti strategi ini sebagai salah satu projek penting dalam sebahagian daripada peningkatan pengalaman di lapangan terbang, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports, Dato’ Mohd Shukrie Mohd Salleh, berkata, “Strategi ini bertujuan untuk memperkenalkan dan memastikan gabungan jenama yang tepat dan pengalaman membeli-belah yang lancar untuk kemampanan jangka panjang.” 

“Selain itu, bagi membantu para penyewa dan peruncit di lapangan terbang kendalian kami, di bawah payung strategi yang sama, kami turut telah memperkenalkan model sewaan baharu kepada para peruncit yang bakal bermula pada Januari 2021.”  

Baru-baru ini, Malaysia Airports mengumumkan model sewaan baharu bagi penyewa runcit yang beroperasi di lapangan-lapangan terbang kendalian organisasi tersebut di bawah strategi ‘Commercial Reset’nya. Model sewaan baharu ini memberi peluang kepada peruncit untuk menikmati pengurangan sewa sehingga 30% daripada kadar semasa. Model sewaan baharu ini juga dapat memastikan kejayaan strategi ‘Commercial Reset’ ini kerana ia dapat membantu Malaysia Airports menawarkan pakej menarik kepada peruncit untuk mereka beroperasi di lapangan terbang dan meningkatkan kualiti produk yang ditawarkan. Strategi ini juga dapat membantu peruncit bumiputera untuk meningkatkan profil di landasan antarabangsa. Sehingga kini, lebih 30% daripada kawasan runcit BKI dihuni oleh peruncit bumiputera.

Selain daripada itu, Malaysia Airports turut mengumumkan mengenai penambahbaikan fasiliti parkir pesawat sebanyak tiga unit lagi bersebelahan hangar kargo di BKI dengan kos terlibat lebih kurang RM20.7juta. Parkir pesawat baharu itu dijangka siap dalam masa 15 bulan iaitu dari Julai 2020 sehingga Oktober 2021. Dengan penambahan ini, keseluruhan parkir pesawat di BKI akan berjumlah 34 unit. Setakat bulan lepas, sebanyak lima syarikat penerbangan beroperasi dari BKI iaitu Malaysia Airlines, AirAsia, MasWings, Malindo Air, Xiamen Air dan pesawat kargo seperti MASKargo.  

“Pada 2019, BKI mengendali 9.4 juta penumpang dan lebih 82,000 pergerakan pesawat. Kami menjangkakan peningkatan penumpang pasca COVID-19 akan pulih secara berperingkat. Oleh itu, penaiktarafan ini bakal memberi manfaat kepada BKI supaya lebih bersedia dalam menghadapi peningkatan ini”, tambah Mohd Shukrie lagi. 

Bagi meningkatkan kecekapan keselamatan di lapangan terbang, Malaysia Airports turut mengumumkan penggantian sebanyak 17 unit mesin pengimbas X ‘dual view’ di BKI. Projek yang menelan belanja lebih kurang RM3.6 juta ini telahpun beroperasi sejak Ogos 2020 dan berupaya membolehkan kakitangan sekuriti mengesan barangan terlarang atau berbahaya di dalam bagasi penumpang dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan.

 

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

Section Heading