Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Penggunaan Ruang Solat Atau Musolla Di ‘Rooftop’ Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA)

SEPANG – Malaysia Airports ingin memaklumkan tentang ketidak sahihan maklumat yang telah tular awal hari ini di aplikasi Whatsapp yang menyatakan bahawa ruang solat atau musolla di 'rooftop' Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) sedia digunakan untuk umat Islam menunaikan solat Jumaat bermula 5 April 2019.

Inisiatif mewujudkan ruang solat di ‘rooftop’ KLIA ini merupakan salah satu usaha Malaysia Airports bertujuan untuk memudahkan umat Islam, khususnya kakitangan lapangan terbang yang menghadapi kekangan masa, menunaikan solat Jumaat di bangunan terminal. Ruang solat ini juga kelak akan terbuka bagi penggunaan orang ramai setelah siap dan mendapat kelulusan berkaitan. 

Kami menjangkakan yang ruang solat ini boleh beroperasi sepenuhnya pada akhir bulan Mei setelah mendapat kelulusan daripada pihak Pejabat Agama Daerah Sepang. Walau bagaimanapun, Malaysia Airports akan membuat pengumuman segera sekiranya kami mendapat kelulusan lebih awal daripada yang dijangkakan. 

Turut dimaklumkan juga bahawa sejak Disember 2018, Malaysia Airports telah menyediakan 4 buah bas percuma iaitu dua di KLIA dan dua lagi di klia2 bagi kegunaan para pengguna di terminal yang ingin menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA. Perkhidmatan bas ini bermula jam 12.30 tengahari sehingga 1.00 tengahari dan akan memulakan perjalanan sebaik penuh bergantung kepada waktu solat semasa.

You might also like:

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

SEPANG - Malaysia Airports (the Group) and the Government of Malaysia (GoM) officially…

SEPANG - Langkawi International Airport (LGK) once again won the 2023 Airport Service…

Section Heading