Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Penjelasan Tentang Pergerakan Trafik Penumpang

SEPANG – Pihak Malaysia Airports ingin memberi pencerahan tentang kenyataan tular di pelbagai platform dan forum sembang yang telah menghubungkaitkan kewujudan beberapa varian COVID-19 di negara ini dengan jumlah pergerakan penumpang yang tinggi dicatatkan pada bulan April 2021.

Penjelasan kami adalah seperti berikut:

1) Jumlah pergerakan penumpang bulan April 2021 yang dilaporkan di segenap agensi media dan berita adalah merupakan jumlah keseluruhan bagi kumpulan Malaysia Airports merangkumi semua lapangan terbang di bawah kendalian kami di Malaysia serta lapangan terbang milik penuh kami di Turki iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (ISG). Pada setiap bulan, Pihak Malaysia Airports akan mengeluarkan laporan bulanan bagi melaporkan jumlah dan perincian pergerakan trafik bulan sebelumnya. Laporan ini diterbitkan dan diumumkan di bawah segmen Pengumuman Syarikat di laman web Bursa Malaysia Berhad, dan juga laman web Malaysia Airports.

2) Perincian trafik penumpang untuk bulan April 2021 adalah seperti jadual di bawah:

img

Merujuk kepada jadual di atas, pergerakan trafik penumpang di Malaysia adalah sekitar 630,000, di mana hanya sekitar 107,000 daripadanya adalah pergerakan penumpang antarabangsa.

3) Semua lapangan terbang di Malaysia kekal beroperasi sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memastikan penerbangan penyelamatan,  penghantaran balik bukan warganegara serta kargo keluar dan masuk dari Malaysia dapat dapat dijalankan.  Jumlah 107,000 yang tercatat bagi Malaysia ini merupakan pergerakan penumpang antarabangsa bagi kedua-dua pergerakan ketibaan dan perlepasan. Antara lain, ini termasuklah pergerakan bagi penumpang rakyat asing yang pulang ke negara mereka sendiri, pelajar yang terbang ke institusi pengajian tinggi mereka di luar negara, penduduk tetap Malaysia yang merupakan pasangan suami isteri atau anggota keluarga warganegara Malaysia, diplomat, dan juga mereka yang telah mendapat kebenaran daripada Jabatan Imigresen Malaysia untuk melakukan perjalanan rasmi atau perniagaan. Walau bagaimanapun, kesemua para penumpang ini perlu menjalani pemeriksaan saringan kesihatan dan keselamatan yang ketat semasa melalui proses perlepasan dan ketibaan seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

4) Sebagai perbandingan, sejak awal 2021, pergerakan penumpang antarabangsa adalah sebanyak 102,000 bagi bulan Mac, 73,000 bagi Februari dan 96,000 bagi Januari.

Kami berharap penjelasan di atas dapat menguraikan apa-apa persoalan yang mungkin timbul dan laporan trafik bulanan kami boleh diakses di https://mahb.listedcompany.com/newsroom.html.
 

You might also like:

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

SEPANG - Malaysia Airports (the Group) and the Government of Malaysia (GoM) officially…

SEPANG - Langkawi International Airport (LGK) once again won the 2023 Airport Service…

Section Heading