Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Pentauliahan Pegawai Dan Anggota Perkhidmatan Bomba Dan Menyelamat Lapangan Terbang Mantapkan Kesiapsiagaan Operasi Lapangan Terbang

60 Rekrut Ditauliahkan Bersempena Majlis Tamat Latihan Kursus Sijil Sains Kebombaan (KSSK) AFRS-MAHB Siri 2/2018

WAKAF TAPAI, TERENGGANU- Dalam usaha Malaysia Airports mengekalkan dan memantapkan tahap kesiapsiagaan dalam operasi menyelamat dan persediaan menghadapi bencana di kesemua lapangan terbang di bawah kendaliannya, organisasi tersebut telah mentauliahkan seramai 60 orang pegawai dan anggota Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) di sebuah Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Sijil Sains Kebombaan (KSSK) AFRS-MAHB Siri 2/2018 baru-baru ini.

Majlis tersebut yang berlangsung di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (FRAM) Wilayah Timur, Terengganu itu telah diserikan dengan kehadiran Dato’ Sri Hj Mohammad bin Mentek, ketua setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT); Dato’ Mohammad Hamdan Hj Wahid, ketua pegarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM); dan Mohammad Suhaimi Abdul Mubin, pengurus besar kanan Malaysia Airports (Sepang); dan Abdul Malik Mohd Yunos, pengurus besar perkhidmatan bomba dan penyelamat lapangan terbang (AFRS).

Menurut ketua pegawai eksekutif kumpulan Malaysia Airports Raja Azmi Raja Nazuddin, “Kami mengutamakan an aspek keselamatan pada tahap tertinggi. Dengan pengambilan dan pentauliahan rekrut terbaru ini disertakan dengan modul latihan yang mantap, tahap kecekapan operasi menyelamat di lapangan terbang dapat diperkemas dan dipertingkat. Selain menghasilkan pegawai dan anggota yang kompeten, latihan ini turut menyediakan mereka untuk sentiasa berada dalam keadaan siapsiaga setiap masa.”

Pengambilan kumpulan pelatih baru ini melibatkan seramai 3 orang eksekutif AFRS, 14 orang pegawai AFRS dan 43 orang ahli AFRS yang bakal berkhidmat di kesemua balai bomba AFRS di lapangan terbang kendalian Malaysia Airports. Latihan asas pada kali ini telah melibatkan dua fasa di mana fasa yang pertama telah diadakan di FRAM Wilayah Timur, Terengganu selama hampir 5 bulan dan dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih daripada JBPM. Para pelatih yang berjaya di fasa pertama akan menerima Sijil Sains Kebombaan daripada JBPM.

Pada fasa pertama, latihan dimulai dengan asas kawad kaki yang bertujuan untuk memupuk serta menerapkan asas disiplin serta menguji kekuatan mental dan fizikal para pelatih. Pelatih kemudian diajar mengenai peralatan kebombaan yang digunakan sebelum didedahkan dengan latihan kemahiran kebombaan yang melibatkan beberapa elemen khusus seperti kaedah pemadaman, penyelamatan, tali dan ikatan, penyiasatan kebakaran, pengurusan serta operasi kebombaan.

Selesai menjalani latihan di FRAM Wilayah Timur, fasa kedua pula dilaksanakan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (Kod IATA: KUL), menjurus kepada pengetahuan dan kemahiran bagi aircraft firefighting serta On Job Training. Latihan ini mengambil masa sekitar dua bulan setengah sebelum para pelatih dihantar semula ke FRAM Wilayah Timur untuk menjalani majlis tamat latihan.

Agenda majlis tersebut turut menyaksikan pemeriksaan perbarisan oleh YBhg Dato’ Sri Hj Mohammad bin Mentek, dengan diiringi oleh Abdul Khair Osman, selaku Komandan Akademi. Selain itu, penghargaan juga telah diberikan kepada pelatih-pelatih terbaik dalam bidang akademik, kebombaan serta terbaik keseluruhan.  Pelatih terbaik di dalam bidang akademik yang pembawa pulang Anugerah Ketua Pengarah ialah Mikhail Charles Gilong Avriett manakala Azry Affan Askury dipilih sebagai pelatih terbaik untuk kemahiran kebombaan dengan Anugerah Ketua Setiausaha. John Anak Ali pula menerima Anugerah Menteri sebagai pelatih terbaik keseluruhan.

You might also like:

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

SEPANG - Malaysia Airports (the Group) and the Government of Malaysia (GoM) officially…

SEPANG - Langkawi International Airport (LGK) once again won the 2023 Airport Service…

Section Heading