Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Program Gotong Royong Geovolunteer – Inisiatif Selamatkan Paya Bakau Di Langkawi

Skuad Ceria Malaysia Airports daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi bergabung tenaga bersama-sama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Komunitiū Kilim untuk zahirkan suasana hijau di Kilim Karst Geforest Park

LANGKAWI – Skuad Ceria Malaysia Airports bersama-sama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan komuniti Kilim menganjurkan program gotong-royong GeoVolunteer dalam usaha untuk menzahirkan suasana hijau melalui inisiatif ‘Jom Selamatkan Paya Bakau’. Program ini bertempat di Santuari Bakau, Kilim Karst Geoforest Park dan merupakansalah satu tanggungjawab korporat sosial Malaysia Airports bersama-sama dengan komuniti setempat dalam memastikan suasana yang hijau dan ceria dapat dizahirkan bukan sahaja di lapangan terbang malah juga dikawasan sekitarnya.

Selain daripada menyokong usaha inisiatif hijau melalui aktiviti gotong-royong, program ini juga bertujuan untuk memastikan kawasan hijau disekitar kawasan lapangan terbang adalah terpelihara dan sentiasa dalam keadaan baik. Malaysia Airports telah menyumbang daripada segi tenaga kerja dengan menyediakan seramai 30 orang wargakerja Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi yang juga dikenali sebagai Skuad Ceria Malaysia Airports bagi tujuan membersihkan kawasan santuari bakau, membuang pancang-pancang buluh dan menyemai anak benih bakau. 

Menurut kata Pengurus Besar Malaysia Airports Sdn Bhd (MASB), En Suhaimi Mubin “Kerjasama seumpama ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan komuniti di sekitar operasi perniagaan kami, tetapi juga mampu untuk memberi pendedahan kepada wargakerja Malaysia Airports tentang kepentingan memulihara khazanah alam seperti paya bakau yang antaranya amat penting dalam menghalang hakisan pantai, menebat banjir dan menapis bahan cemar dari laut. Ini adalah pengalaman baru dan juga peluang bagi Malaysia Airports untuk menyumbang bukan sahaja kepada komuniti dan individu-individu yang memerlukan, tetapi kepada persekitaran dan ekosistem pulau pelancongan yang terkenal ini.” 

Santuari Bakau, Kilim Karst Geoforest Park merupakan taman yang dibentuk oleh tujuh hutan simpan termasuklah hutan bakau. Batuan di taman ini dibentuk oleh batuan kapur yang berusia 490 – 350 juta tahun dan terdapat lebih kurang 77 daripada 114 spesies bakau di dunia boleh didapati di Langkawi. Malaysia Airports amat berbangga dapat menjadi sebahagian daripada usaha murni ini.

You might also like:

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

SEPANG - Malaysia Airports (the Group) and the Government of Malaysia (GoM) officially…

SEPANG - Langkawi International Airport (LGK) once again won the 2023 Airport Service…

Section Heading