Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Sambutan Majlis Pelancaran 70 Tahun Perkhidmatan Afrs Malaysia Airports – 70 Tahun Memperkasakan Keselamatan Lapangan Terbang

SEPANG – Airport Fire & Rescue Service(AFRS) Malaysia Airports menyambut ulang tahun ke 70 tahun buat julung-julung kalinya sepanjang penubuhan bahagian tersebut sejak tahun 1947. Sambutan bagi meraikan ulang tahun ke 70 yang diadakan ini adalah untuk memberi kesedaran dan pemahaman yang lebih jelas kepada komuniti di dalam dan di luar lapangan terbang tentang peranan, tanggungjawab dan profession AFRS. Sambutan ini juga bertujuan untuk memberi informasi berkaitan sumbangan dan sejarah AFRS secara umum.

Sambutan yang diadakan sepanjang tahun ini diraikan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti sampingan seperti ‘Fat2Fit’, AFRS Combat Challenge dan Kempen Derma Darah yang turut melibatkan agensi-agensi di lapangan terbang termasuk wargakerja dari lapangan terbang yang lain. Kemuncak sambutan yang diadakan pada hari ini telah diadakan di Pusat Latihan Malaysia Airports dan turut dirasmikan oleh YB Datuk Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia.

Sejajar dengan pengalaman selama 70 tahun dalam memastikan kesiapsiagaan dan keselamatan lapangan terbang, AFRS telah mengalami transformasi demi transformasi seiring dengan kecanggihan teknologi semasa. Menurut Tuan Abd Malik Mohd Yunus, Pengurus Besar AFRS, peningkatan pendaratan pesawat-pesawat ‘wide body’ di lapangan-lapangan terbang, memberikan cabaran yang lebih besar yang seterusnya memerlukan transformasi perkhidmatan AFRS secara keseluruhan. AFRS yang sebelumnya merupakan sebuah divisyen yang ‘labour intensive’ telah berubah kepada sebuah divisyen yang ‘technology intensive’ dengan penggunaan aset-aset yang canggih. 

Malik turut menambah bahawa dengan strategi pembangunan manusia jangka panjang berserta dengan pembelian aset-aset serba canggih di mana model ‘Holistic Fire Fighter’ ditekankan di dalam latihan, AFRS sentiasa berada ditahap yang optima dan sentiasa bersedia. Pembangunan ini meliputi teknologi dan kompetensi seperti taktikal simulator, jentera HAZMAT, ‘Strategic Fire Fighting’ dan perolehan jentera, ‘High Reach Extendable Turret (H-RET)’ dalam masa terdekat. 

Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Badlisham Ghazali yang juga hadir di majlis yang sama turut berkongsi aspirasi beliau akan mutu perkhidmatan AFRS, “Bagi memastikan perkhidmatan AFRS terus cemerlang di dalam dunia penerbangan yang serba mencabar, pihak AFRS sedang mengambil usaha bagi mendapatkan pengiktirafan antarabangsa iaitu daripada pihak ICAO ke atas Sekolah Latihan AFRS. Usaha ini akan melibatkan penghantaran tenaga-tenaga pengajar keluar negara dan penyediaan aset latihan yang serba canggih. Aspirasi AFRS adalah untuk menjadi pusat kecemerlangan latihan pengurusan bencana udara di dalam negara dan di luar negara terutamanya di kalangan-kalangan negara ASEAN.

Dalam ucapan majlis pelancaran sambutan berkenaan, Datuk Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia berkata, “Saya percaya dengan sambutan 70 tahun ini, pihak masyarakat akan lebih memahami tugas dan tanggungjawab perkhidmatan bahagian AFRS. Sambutan ini secara langsung akan menyuntik semangat baru kepada semua anggota bomba lapangan terbang untuk terus memberi perkhidmatan cemerlang yang saban hari berhadapan pelbagai bahaya dan mengharungi pelbagai dugaan ketika melaksanakan tugas dan menggalas tanggungjawab.”

Sambutan pada hari itu disudahi dengan satu majlis tertutup jamuan teh buat para pesara AFRS sebagai tanda penghargaan dan sumbangan sepanjang tempoh perkhidmatan.

You might also like:

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

SEPANG - Malaysia Airports (the Group) and the Government of Malaysia (GoM) officially…

SEPANG - Langkawi International Airport (LGK) once again won the 2023 Airport Service…

Section Heading