Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Skuad Ceria Malaysia Airports Lawat Wad Pediatrik Hospital Banting – Zahirkan Suasana Ceria Melalui Hiasan Dalaman Bertemakan ‘galaxy of Joy – the Sky Is the Limit’

SEPANG – Skuad Ceria Malaysia Airports melawat Wad Pediatrik Hospital Banting dalam usaha untuk menzahirkan suasana ceria kepada kanak-kanak di Wad Pediatrik Hospital Banting melalui hiasan dalaman bertemakan ‘Galaxy of Joy - The Sky Is The Limit’.

Selain daripada menceriakan suasana melalui hiasan dalaman, lawatan amal ini juga bertujuan untuk memberi bantuan dan sokongan kepada para pesakit kanak-kanak dan keluarga terutama bagi yang perlu menjalani rawatan hospital. Malaysia Airports telah menyumbang RM46,000.00 bagi tujuan menghiaskan seluruh kawasan wad dan sudut permainan yang dipenuhi dengan barang permainan dan bacaan. Di samping itu, setiap penghuni wad pediatrik juga dihadiahkan dengan hamper berupa barangan kelengkapan bayi dan permainan mengikut kesesuaian umur.

Menurut kata Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Badlisham Ghazali yang hadir untuk merasmikan sudut permainan ‘Galaxy of Joy – The Sky Is The Limit’, tema ini dipilih dengan harapan ia dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak dalam merealisasikan cita-cita dan impian mereka.

Badlisham menerangkan yang lawatan Skuad Ceria ini merupakan siri gerak kerja tanggungjawab sosial korporat Malaysia Airports. “Kami berharap agar sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menceriakan dan meraikan kanak-kanak di sini. Program sukarelawan Skuad Ceria kami ini diadakan juga untuk memberi kesedaran kepada wargakerja Malaysia Airports terhadap masyarakat dan komuniti setempat termasuklah golongan sasar,” katanya.

Wad Pediatrik Hospital Banting yang terdiri daripada satu wad dan menempatkan 40 buah katil yang diperuntukan untuk Pediatrik Am dan Neonatal mampu memberikan perkhidmatan kepakaran asas kepada pesakit.

Sementara itu, Pengarah Hospital Banting, Dr. Sabrina binti Che Ab Rahman pula berkata sumbangan dan aktiviti sebegini dialu-alukan bagi meraikan pesakit kanak-kanak dan menghilangkan kebosanan mereka ketika berada di dalam wad.

“Pihak Hospital Banting menyambut baik sumbangan amal daripada Malaysia Airports yang ingin bersama-sama menceriakan pesakit, mengembirakan dan menghilangkan kedukaan yang ditanggung pesakit dan keluarga mereka,” katanya.

Malaysia Airports juga turut memberi sumbangan hamper kepada para jururawat dan doktor yang bertugas di Wad Pediatrik tersebut sebagai tanda penghargaan atas dedikasi dan kasih sayang yang telah diberi kepada para pesakit sepanjang rawatan mereka.

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

Section Heading