90% Kakitangan Malaysia Airports Di KLIA Telah Divaksinasi
SEPANG - Sejak pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) minggu lepas, 90% daripada kakitangan Malaysia Airports yang bertugas di KLIA telah pun divaksinasi, manakala usaha berterusan sedang dijalankan untuk memvaksinasi komuniti KLIA selebihnya yang terdiri daripada pekerja daripada agensi kerajaan berkaitan, serta pekerja syarikat penerbangan, kargo, perkhidmatan pembersihan dan lain-lain.