Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

111 Orang Pelajar Di Lawas Terima Pek MyAirportCares Sumbangan Ceria Kembali Ke Sekolah Oleh Malaysia Airports

LAWAS, SARAWAK– Seramai 111 orang pelajar menerima sumbangan pek MYAirportCARES yang berupa barangan kelengkapan untuk kembali ke sekolah dengan peruntukan berjumlah keseluruhan sebanyak RM27,000 bagi agihan di Lawas. Penyampaian pek tersebut yang diketuai oleh En Mohd Jauhari Abdullah selaku Pengurus Lapangan Terbang Miri (MYY) yang juga bertanggungjawab menjaga operasi Padang Terbang atau STOLport Lawas (LWY) telah disempurnakan pada 1 April yang lepas di Dewan Sekolah, SK Kampung Seberang Kuala Lawas.

lawas

Menurut Pengerusi Malaysia Airports, Dato’ Seri DiRaja Zambry Abd Kadir, “Dengan peralihan negara ke fasa endemik, pelajar-pelajar ini dapat kembali ke sekolah secara fizikal setelah mengharungi cabaran pembelajaran dari rumah hampir dua tahun. Sumbangan ini sedikit sebanyak memberi kecerian dan semangat untuk kembali ke sekolah. Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, Malaysia Airports selaku pengendali lapangan terbang utama negara amat prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan komuniti sekeliling.”

lawas2

Program yang dikenali sebagai MYAirportsCares ini menghulurkan pelbagai bentuk sumbangan kepada pelbagai pihak tidak terhad kepada sumbangan keperluan sekolah sahaja. Sejak diperkenalkan pada tahun 2018, ini merupakan kali kelima program dianjurkan dan pengagihan pek ceria kembali ke sekolah yang telah berjaya memberi manfaat hampir 3,610 pelajar secara keseluruhan. 
 

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

Section Heading