Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

1,200 Pelajar Dari 20 Sekolah Terima Sumbangan Alat Bantuan Pembelajaran

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN –  Seramai 1,200 pelajar sekolah termasuk pelajar pendidikan khas daripada 20 buah sekolah sekitar tanah air telah menerima sumbangan alat bantuan pembelajaran yang keseluruhannya berjumlah RM125,000 di bawah inisiatif tanggungjawab korporat (CR) Malaysia Airports, MYAirportCARES. Majlis penyerahan sumbangan telah diadakan di salah sebuah sekolah terlibat yang mana 63 pelajar daripada SK Labu Ulu, Batu 8, Seremban hadir untuk menerima sumbangan alat bantuan pembelajaran seperti buku latihan, buku cerita dan set alat tulis semalam.

pelajar1

Menurut Pengerusi Malaysia Airports, Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir, “Malaysia Airports sentiasa komited dalam usaha kami untuk membantu masyarakat sekitar dalam pelbagai aspek dan telah menganjurkan pelbagai program untuk merealisasikan matlamat ini. MYAirportCARES Alat Bantuan Pembelajaran merupakan salah satu daripadanya dan  ia bertujan untuk membantu para pelajar meningkatkan prestasi akademik mereka. Kami berpendapat bahawa pendidikan merupakan pelaburan yang sangat penting demi pembangunan sesebuah negara.”

pelajar2

Menurut Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry, 10 daripada sekolah terlibat merupakan sekolah yang pernah menyertai program sekolah angkat Beyond Borders Malaysia Airports dari tahun 2007. Beliau juga menzahirkan rasa terima kasihnya kepada Yayasan Pintar di atas kerjasama dalam mengenal pasti  sekolah-sekolah yang memerlukan bantuan. 

pelajar3

Majlis turut dihadiri oleh Pengurus Besar Kanan Malaysia Airports, Encik Mohd Arif bin Jaafar, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, YBhg Dato' Hj Md Fiah Bin Md Jamin, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Seremban, Tn Hj Norazam b. Hj Nayan dan Guru Besar SK Labu Ulu, Puan Nur Fairudzaini Hj Zainal Abidin.

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

Section Heading