Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

240 Orang Terima Sumbangan Baucar Beli Belah Persiapan Perayaan MyairportCares Ceria Aidilfitri Berjumlah RM120,000

SUBANG – 240 penerima dari komuniti KLIA dan Subang telah menerima sumbangan baucar membeli-belah RM500 setiap satu daripada Malaysia Airports melalui program tanggungjawab korporat (CR) MYAirportCARES Ceria Aidilfitri. Baucar yang keseluruhannya berjumlah RM120,000 ini bertujuan untuk membantu para penerima membuat persiapan perayaan sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Majlis penyerahan  tersebut telah dilaksanakan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Pengarah Urusan Malaysia Airports, Dato’ Iskandar Mizal Mahmood, yang turut menyempurnakan majlis ini berkata,“ Tanggungjawab kami sebagai pengendali lapangan terbang utama negara tidak hanya berakhir dengan memberi perkhidmatan kepada penumpang dan pengunjung lapangan terbang. Kami sedar yang kami juga menggalas tanggungjawab sosial yang besar. Dari situlah timbulnya keperluan untuk merangka aktiviti tanggungjawab sosial korporat yang menyeluruh. Ini adalah salah satu fokus utama syarikat iaitu untuk membantu menyumbang ke arah kesejahteraan komuniti sekeliling.”

“Harapan kami, dengan pemberian baucar ini, ia sedikit sebanyak dapat menceriakan lagi perayaan Aidilfitri yang kunjung tiba,” tambah Dato’ Iskandar lagi.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2013, program ini telah berjaya menyantuni seramai 2,000 penerima. Turut hadir pada majlis tersebut adalah pihak pengurusan kanan Malaysia Airports, wakil Lembaga Zakat Selangor serta wakil-wakil komuniti setempat di Sepang dan Subang.

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Section Heading