Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Bantuan Dihantar Kepada Petugas Barisan Hadapan Negara Di Sabah

Kerjasama di antara Malaysia Airports dan Tentera Udara Diraja Malaysia untuk menghantar 350 kit keselesaan #MYAirportCARES kepada petugas barisan hadapan di Tawau dan Kota Kinabalu

SUBANG – Malaysia Airports terus meneruskan usaha menyokong barisan hadapan negara dengan menghantar bantuan ke Sabah di bawah  inisiatif tanggungjawab korporatnya, program #MYAirportCARES. Dengan bantuan daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), 350 unit kit keselesaan dihantar kepada petugas barisan hadapan di Tawau dan Kota Kinabalu yang sedang memerangi COVID-19 secara agresif kesan daripada negeri Sabah mencatat  jumlah kes tertinggi di negara ini. Barang-barang dihantar melalui pesawat Charlie 130 yang berlepas ke dua destinasi iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (Kod IATA: BKI) dan Lapangan Terbang Tawau (Kod IATA: TWU).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Malaysia Airports, Dato’ Mohd Shukrie Mohd Salleh mengatakan bahawa sejak berlakunya wabak ini, semua lapangan terbang di seluruh negara telah ditugaskan untuk turut melihat kesejahteraan masyarakat sekitar masing-masing. "Selain berfungsi sebagai hab pengangkutan, lapangan terbang juga memainkan peranan penting dalam persekitaran sosio-ekonomi mereka sendiri. Dengan mobilisasi tambahan petugas barisan hadapan ke Sabah, kami ingin memberikan bantuan agar para petugas ini yang bekerja berjam-jam lebih selesa dalam menjalankan tugas mereka. "

Kit keselesaan #MYairportCARES terdiri daripada satu beg tidur, satu tuala muka dan satu set peralatan mandian. Awal tahun ini, sebanyak 2,000 unit kit keselesaan yang sama telah diedarkan ke Hospital Sungai Buloh yang merupakan hospital rujukan bagi menangani wabak di negara ini sementara 500 unit pula diberikan kepada penumpang yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (Kod IATA: KUL).

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada TUDM yang telah membantu kami membawa kit keselesaan ini ke Sabah. Kami sangat menghargai solidariti yang ditonjolkan dalam memastikan negara kita kekal selamat dalam masa-masa sukar ini. Sementara itu, kami tetap komited dalam memastikan keselamatan semua pihak, bukan hanya di dalam rangkaian lapangan terbang kami sendiri, tetapi juga di seluruh negara,” tambah Dato’ Mohd Shukrie.

Setibanya di BKI dan TWU, kit keselesaan #MYairportCARES telah diserahkan kepada wakil KKM Hospital Queen Elizabeth, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Majlis Perbandaran Tawau bagi pihak Sekretariat Bencana Nasional di kawasan masing-masing. 

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

Section Heading