Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Ex-Rampas LIA 2019 Uji Kesiapsiagaan Pasukan Keselamatan

PULAU LANGKAWI, 25 November 2019 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah dengan kerjasama Malaysia Airports dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) hari ini menganjurkan Latih Amal Keganasan EX-RAMPAS Langkawi International Airport (LIA) 2019 bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (Kod IATA: LGK), dekat sini.

EX-RAMPAS LIA 2019 diadakan bertujuan untuk menguji keberkesanan Emergency Response Plan (ERP)Malaysia Airports selaku pengendali dan peneraju keselamatan Lapangan  Terbang Antarabangsa Langkawi. Program ini juga merupakan platform untuk menilai tahap kesiapsiagaan dan keupayaan 32 jabatan atau agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dan sejauhmana  keberkesanan jabatan atau agensi ini berkomunikasi antara satu sama lain dalam melaksanakan Standard Operating Procedure (SOP) masing-masing semasa mengendalikan krisis.

Hadir merasmikan majlis perasmian pembukaan EX-RAMPAS LIA 2019, Pengarah Bahagian Perisikan dan Pengurusan Krisis Negara, Majlis Keselamatan Negara, Hamzah Ishak berkata, penganjuran Ex-Rampas LIA 2019 ini sangat signifikan bagi menguji pengurusan dan pengendalian krisis keganasan terutamanya dari segi penyelarasan peranan dan tugas 32 jabatan dan agensi yang terlibat.

Tambah beliau, latih amal ini memberi peluang kepada jabatan dan agensi bagi menguji dan menilai keberkesanan Standard Operating Procedure (SOP) masing-masing dan sedikit sebanyak membuka ruang penambahbaikan kepada sebarang kekurangan di dalam SOP jabatan dan agensi. Peluang ini juga harus dimanfaatkan oleh setiap jabatan dan agensi untuk saling bekerjasama dan berbincang bagi menambahbaik atau mengemaskini SOP yang berkaitan antara satu sama lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports, Raja Azmi Raja Nazuddin berkata, “Seminar dan latihamal ini akan memperlihatkan kemampuan agensi-agensi yang terlibat dari pelbagai sudut. Adalah menjadi harapan pihak penganjur agar semua agensi akan memanfaatkan peluang yang ada untuk penambahbaikan kepada kelemahan yang mungkin dikenalpasti untuk tindakan yang lebih baik dan berkesan dalam menghadapi krisis keganasan. Kesempatan ini juga boleh digunakan untuk semua pihak menyemak dan menilai semula Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah sedia ada di agensi atau organisasi masing-masing sama ada agensi kerajaan mahupun pihak swasta yang beroperasi di lapangan terbang dan kawasan persekitarannya.”

“Latihan ini juga bertujuan untuk mengukur kesiapsiagaan kesemua agensi ketika menghadapi sebarang kemungkinan ancaman keganasan ataupun krisis dan kecemasan yang tidak dijangka.” tambah Raja Azmi lagi.

Program lima hari yang bermula hari ini sehingga 29 November 2019 ini merangkumi beberapa aktiviti antaranya seminar pada hari pertama dan kedua, diikuti dengan Table Top Exercise (TTX) dan seterusnya Full Scale Exercisepada hari keempat sebelum diakhiri dengan Post Mortem pada hari kelima.

Full Scale Exercise mempunyai dua frame insiden dimana frame pertama terbahagi kepada tiga senario iaitu melibatkan insiden rusuhan, ancaman bom, dan ancaman chemical, biological, radioactive, nuclear & explosive (CBRNe). Manakala untuk frame kedua melibatkan senario penculikan dan tebusan.

Turut hadir pada majlis tersebut, Pengurus Besar Perancangan, Pembangunan dan Piawaian & Keselamatan Malaysia Airports, Zainol Mohd Isa; Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Jefry Ramli dan Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Mohd Razif Mahmood.

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Section Heading