Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Golongan Kurang Upaya Antara Penerima Pek Barangan Keperluan Asas #MYAirportCARES Di Kota Bharu

KOTA BHARU –Seramai 3 orang kurang upaya (OKU) di antara 230 penerima dari komuniti lapangan terbang di Kota Bharu, Kelantan telah menerima sumbangan pek barangan keperluan asas #MYAirportCARES baru-baru ini. Semua penerima terdiri daripada kumpulan B40 yang merupakan pekerja pembersihan lapangan terbang, bekas pekerja lapangan terbang, pemandu teksi, penduduk sekitar dan golongan OKU. Inisiatif tanggungjawab korporat (CR) Malaysia Airports #MYAirportCARES ini disokong oleh PERMAIxGDRN (Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia x GLIC/GLC Disaster Response Network) dan bertujuan untuk meringankan beban komuniti lapangan terbang di negeri Kelantan yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Setakat ini, inisiatif tersebut telah berjaya menyantuni seramai 1,600 penerima di tujuh lokasi yang melibatkan komuniti di Malaysia dengan berbaki dua lokasi lagi selepas Kota Bharu.

airportcares2

Menurut pengerusi Malaysia Airports, Dato’ Seri Diraja Zambry Abd Kadir, “Malaysia Airports amat memahami keadaan mereka terutamanya golongan B40 dimana keadaan ekonomi mereka akan turut terkesan ekoran penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP). Oleh yang demikian, selaras dengan matlamat utama organisasi dalam menjalin hubungan ceria,  Malaysia Airports tampil untuk membantu meringankan beban mereka sekitar lapangan terbang dengan pemberian pek keperluan asas #MYAirportCARES kerana peranan kami bukan sahaja sebagai pengendali lapangan terbang negara, malah juga organisasi yang peka dan bertanggungjawab akan keadaan sekeliling.”

Dengan peruntukkan sebanyak lebih kurang RM38,300 bagi penerima di Kota Bharu, setiap pek sumbangan mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, tepung gandum, minyak masak, gula, susu, makanan kering dan pelitup muka.

airportcares1

Sebelum Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, komuniti B40 di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Star, Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, Lapangan Terbang Miri dan Padang Terbang Marudi telah terlebih dahulu menerima sumbangan pek keperluan asas #MYAirportCARES menerusi inisiatif yang sama.  
 

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

Section Heading