Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Kolaborasi Keempat Antara Malaysia Airports Dan Majlis Belia Malaysia Jayakan Festival Tarian Tradisional Kreasi Belia Malaysia Madani Di KLIA

SEPANG- Sebagai pengendali utama lapangan terbang, Malaysia Airports menjalinkan kerjasama buat kali keempat dengan Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam usahanya memperkenalkan dan mengetengahkan seni dan budaya Malaysia ke persada antarabangsa menerusi penganjuran Festival Tarian Tradisional Kreasi (Joget dan Zapin) Terbuka Belia Malaysia Madani yang dijalankan di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada petang hari ini. Penganjuran ini merupakan sebuah tanggungjawab korporat(CR) Malaysia Airports dibawah program ‘Malaysian Art, Culture and Heritage’ yang memberi penekanan khusus kepada penjenamaan Malaysia menerusi adat, budaya dan kesenian warisan selain mewujudkan suasana ceria di lapangan terbang kendaliannya.

Penganjuran festival ini yang dijalankan dalam format pertandingan seni budaya senitari tradisional oleh para belia Malaysia yang telah disenarai pendek oleh MBM memberi peluang kepada golongan belia untuk mempersembahkan bakat senitari mereka. Ia menampilkan 10 pasukan terdiri daripada lapan hingga 10 peserta bertanding merebut hadiah-hadiah yang telah disediakan. Inisiatif ini dilihat sebagai dorongan untuk menarik minat golongan belia menyertai festival ini sekaligus dapat meneruskan usaha memelihara seni budaya warisan negara.

Sebagai badan induk pertubuhan belia, MBM berbesar hati dan berharap kolaborasi bersama Malaysia Airports dapat menjadi landasan bagi menarik golongan belia yang aktif dalam bidang kebudayaan. Ianya dalam pada masa yang sama turut dapat memberikan pengalaman ceria kepada para pengunjung dan penumpang tempatan dan luar negara di KLIA selari dengan usaha mempromosikan Malaysia melalui khazanah seni negara.

Pertandingan ini menawarkan hadiah-hadiah menarik berupa wang tunai seperti berikut:

● RM5,000 untuk Johan,

● RM3,000 untuk Naib Johan,

● RM1,000 untuk tempat ketiga,

● RM500 untuk tempat keempat hingga kesepuluh.

● Pertandingan ini turut menawarkan tiga hadiah tambahan bagi Koreografi Terbaik, Persembahan Terbaik dan Busana Terbaik yang bernilai RM500 bagi setiap kategori.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Dr. Christina Yeo Ken Yin, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa Kebudayaan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia; Tan Sri Datuk Zainun Ali, Pengerusi Malaysia Airports; Encik Mohamed Rastam Shahrom, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports; dan Encik Mohamed Khairul Azman Datuk Seri Abdul Azeez, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, selain kehadiran pihak pengurusan tertinggi Malaysia Airports dan MBM yang lain.

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Section Heading