Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Malaysia Airports Bersedia Memberi Sepenuh Kerjasama Dan Sokongan Dalam Pelaksanaan Pra-pelepasan Jemaah Haji Di Klia

Penambahbaikan Perkhidmatan Bagi Meningkatkan Pengalaman Perjalanan Pengguna Di Lapangan Terbang 

SEPANG - Malaysia Airports bakal memberikan sepenuh kerjasama dan sokongan padu kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berikutan pengumuman yang telah dibuat berkenaan sistem Pra-Pelepasan Jemaah Haji di KLIA. Inisiatif yang bakal memanfaatkan seramai 36,480 jemaah haji bagi tahun 2018 dilihat sebagai satu langkah yang amat proaktif terutama bagi pengurusan jemaah yang baru pertama kali menunaikan rukun Islam kelima itu. 

Menurut pengarah urusan Malaysia Airports Datuk Badlisham Ghazali, “Kami amat menyambut baik perlaksanaan sistem pengurusan yang sistematik dan pantas ini. Musim haji merupakan antara musim tersibuk di lapangan terbang. Bukan sahaja pengurusan kemudahan di lapangan terbang sahaja perlu diambil kira, malah pengurusan penumpang juga turut diutamakan. Sebagai pengendali lapangan terbang, kami turut berasa gembira kerana Malaysia terpilih sebagai negara pertama di dunia yang bakal menggunakan sistem Pra-Pelepasan Jemaah Haji seperti yang diumumkan”. 

Ujar Badlisham lagi, menerusi inisiatif serta pelaksanaan sistem ini tidak lama lagi, KLIA bakal dilihat sebagai sebuah hab serantau yang dapat memberi pengalaman baru kepada para pengguna terutamanya kepada jemaah haji yang sudah berumur kerana bukan sahaja dapat memudahkan urusan mereka, malah memberikan keselesaan disamping menjimatkan masa.


Sebuah kawasan parkir jangka panjang serta perkhidmatan bas shuttle percuma turut disediakan oleh pihak Malaysia Airports sebagai salah satu persiapan menghadapi musim haji serta peningkatan bilangan pengguna di KLIA disamping 2 minit masa menurunkan penumpang di bahu jalan masuk ke lapangan terbang.
 

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

Section Heading