Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Malaysia Airports Dan NADMA Bekerjasama Dalam Mempertingkat Persiapan Menghadapi Cabaran Pengurusan Bencana Udara Di Malaysia

SEPANG – Sebagai pengendali kepada 39 lapangan terbang di Malaysia, Malaysia Airports menerusi Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang atau Airport Fire and Rescue Service (AFRS) dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menganjurkan program Webinar Pengurusan Bencana Udara Peringkat Kebangsaan pagi tadi yang bertujuan untuk memperkasa pengetahuan dan meningkatkan kerjasama serta penyelarasan di antara agensi-agensi terlibat dalam mendepani cabaran pengurusan bencana udara di Malaysia. Selain itu webinar ini akan membantu peserta memahami kandungan dan intipati dokumen berkaitan Manual Search And Rescue (SAR) Kebangsaan, Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara (MKN Arahan 20) serta Pelan Kecemasan Aerodrom (AEP).

 Program webinar setengah hari berskala peringkat nasional dengan tema “Mendepani Cabaran Pengurusan Bencana Udara di Malaysia” yang disertai hampir 700 orang peserta daripada 16 agensi kerajaan serta swasta ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Dr. Hj Abd Latiff Hj Ahmad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas).

Menurut Pengarah Urusan Malaysia Airports, Dato’ Iskandar Mizal Mahmood, “Malaysia Airports sentiasa peka dalam memastikan operasi penerbangan di setiap lapangan terbang memenuhi piawaian yang telah ditetapkan termasuklah menyediakan pasukan AFRS yang terbaik. Kami sentiasa memperkasakan AEP yang bertujuan untuk meminimakan kesan daripada kecemasan, aspek menyelamatkan nyawa dan memastikan kelestarian operasi penerbangan di Malaysia tidak terjejas. Usaha ini selaras dengan inisiatif kerajaan untuk mengurangkan risiko bencana dengan merangka, menyelaras dan melaksana program pencegahan dan mitigasi bencana.”

Sempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) yang berlangsung pada bulan Oktober setiap tahun, program hari ini merupakan antara libat urus NADMA bersama agensi-agensi berkaitan dalam memperkukuhkan pengurusan bencana negara. Kesiapsiagaan bencana merupakan satu proses berterusan yang perlu sentiasa dikemas kini agar mutakhir serta inklusif dan tindakan proaktif ini perlu dalam memastikan tindakan pengurusan bencana negara berada pada tahap tertinggi.

Selain Malaysia Airports dan NADMA sebagai penganjur bersama, webinar ini turut disertai Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pejabat Pegawai Daerah/Residen/Mayor, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Senai Airport Terminal Services (SATS) dan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA).

Sebanyak lebih daripada 300 latihan kecemasan aerodrom telah dijalankan oleh AFRS dari tahun 2017 sehingga September 2022 di lapangan-lapangan terbang kendalian Malaysia Airports seluruh negara bertujuan untuk menilai keupayaan sumber manusia dan aset daripada semua agensi berkaitan bagi  mempertingkat kesiapsiagaan serta koordinasi dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana udara di Malaysia.   
 

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

Section Heading