Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Malaysia Airports Ketengahkan Budaya Malaysia Ke Pentas Dunia Di KUL

Penganjuran Festival Tarian Tradisional Malaysia Kali Ketiga Bukti Komitmen Malaysia Airports Memartabatkan Identiti Negara ke Peringkat Antarabangsa

SEPANG – Sebagai pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports meneruskan lagi usaha dalam memartabatkan identiti negara ke peringkat antarabangsa dengan penganjuran Festival Tarian Tradisional Malaysia bersama Majlis Belia Malaysia (MBM). Usahasama yang dijalin ini telah pun masuk tahun ketiga dan berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (Kod IATA: KUL). Festival seumpama ini bertujuan untuk mempamerkan seni dan budaya Malaysia kepada pengunjung asing dan menyemarakkan rasa cinta kepada seni dan tradisi tempatan di kalangan rakyat Malaysia selain bertujuan untuk menampilkan bakat dan kreativiti masyarakat dalam seni tari tradisional di kalangan belia.

Festival yang telah dijalankan selama tiga minggu bermula dari 19 Oktober 2019 ini menyaksikan penyertaan seramai 200 orang belia dan tujuh kumpulan telah mara ke peringkat akhir. Pertandingan akhir ini telah disempurnakan dan dirasmikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Dato’ Kamarudin Jaffar di samping Ketua Pegawai Operasi Malaysia Airports, Dato’ Mohd Shukrie Mohd Salleh dan Presiden Majlis Belia Malaysia, Jufitri Joha. 

Mengakui peranan KLIA sebagai sebuah pintu masuk utama negara, Dato’ Mohd Shukrie berkata, “Sebagai gerbang utama ke Malaysia, KLIA merupakan lokasi yang strategik untuk mempersembahkan dan mempromosikan kekayaan budaya dan kesenian Malaysia kepada pelancong asing terutamanya kepada yang pertama kali tiba di Malaysia. Inisiatif ini sejajar dengan misi negara iaitu Tahun Melawat Malaysia 2020 yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi. Kami yakin aktiviti seumpama ini akan memberi impak yang positif bukan sahaja pada golongan belia malah juga kepada negara”. 

Festival tarian tradisional ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat Malaysia Airports di bawah program Joyful Malaysia yang memberi fokus khusus kepada penjenamaan Malaysia di lapangan terbang dan ianya menyasarkan kumpulan golongan belia berumur di antara 18-40 tahun. 

Tema festival adalah zapin dan hadiah yang ditawarkan pada tahun ini berupa wang tunai berjumlah RM19,900 di mana juara, naib juara dan tempat ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000, RM3,000 dan RM1,000.
 

 

 

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

Section Heading