Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Malaysia Airports Komited Dalam Memastikan Keselamatan Di Lapangan Terbang Berada Di Tahap Tertinggi

Kejayaan Mencapai Matlamat Latih Amal Penuh Ex-Rampas Bersama 32 Agensi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi

LANGKAWI– Tahap kesediaan keselamatan di lapangan terbang di bawah kendalian Malaysia Airports berada dalam keadaan tertinggi berikutan latih amal penuh yang dijalankan anjuran bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta agensi-agensi lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (Kod IATA: LGK). Latihan Ex-Rampas yang berlangsung selama lima hari sejak 25 November 2019 telah melibatkan seramai 500 peserta dan anggota beruniform serta wargakerja LGK.

Tujuan latih amal ini dianjurkan adalah dengan berpandukan Pelan Kontingensi Lapangan Terbang ataupun Airport Contingency Plan (ACP) iaitu sebuah dokumentasi yang menetapkan garis panduan bagi pelan kontingensi untuk mencapai pelaksanaan menerusi fungsi asas dan tanggungjawab unit-unit operasi di lapangan terbang, agensi-agensi kerajaan serta syarikat-syarikat penerbangan sekiranya berlaku kecemasan di sesebuah lapangan terbang. ACP dibangunkan selaras dengan pematuhan yang ditetapkan oleh International Civil Aviation Organisation (ICAO) Annex 17 yang menyatakan tindakan yang perlu di ambil sekiranya terdapat sebarang ganggu-gugat yang melanggar undang-undang dan keselamatan di lapangan terbang.  

Ketua pegawai eksekutif kumpulan Malaysia Airports, Raja Azmi Raja Nazuddin berkata, “Situasi kecemasan dan krisis yang tidak dijangka boleh berlaku di mana-mana organisasi termasuk di lapangan terbang. Sebagai persediaan, Malaysia Airports mengambil inisiatif dengan mengadakan latih amal penuh di LGK pada tahun ini berikutan beberapa siri latih amal penuh yang telah dijalankan di lapangan-lapangan terbang lain seperti Lapangan Terbang Antarabangsa KL (Kod IATA: KUL), Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (Kod IATA: BKI) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (Kod IATA: KCH) pada tahun-tahun sebelum ini

Sepanjang latih amal dijalankan, agensi-agensi terlibat diuji berpandukan ACP dan Prosedur Operasi Standard (SOP) masing-masing dalam mengatasi sebarang kecemasan atau krisis yang berdasarkan keganasan di lapangan terbang. Di antara ujian-ujian tersebut termasuk mengatasi rusuhan, pencemaran kimia, ancaman letupan dan penculikan.

“Kami menzahirkan penghargaan kepada semua agensi terlibat dengan komitmen tinggi yang diberikan sepanjang latih amal Ex-Rampas di LGK. Penglibatan aktif oleh 32 agensi-agensi kerajaan dan swasta ini diharapkan dapat dipraktikkan dan diperbaiki bagi memastikan tahap kesiapsiagaan keselamatan lapangan terbang sentiasa berada di tahap tertinggi. Demi memantapkan lagi kesediaan di lapangan-lapangan terbang lain di bawah kendalian Malaysia Airports, beberapa lagi latih amal penuh dijangka dilaksanakan di Lapangan Terbang Miri, Lapangan Terbang Tawau dan Lapangan Terbang Kota Bharuz pada tahun hadapan.” tambah Raja Azmi lagi.

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

Section Heading