Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Malaysia Airports Laksanakan Ibadah Korban Di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA

SEPANG – Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Malaysia Airports bersama komuniti Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) telah menyempurnakan ibadah korban baru-baru ini dengan menyumbang sebanyak 6 ekor lembu. 4 ekor daripadanya merupakan sumbangan daripada pihak pengurusan ibadah korban Masjid Sultan Abdul Samad KLIA, iaitu sebuah masjid di bawah pentadbiran Malaysia Airports. Manakala, selebihnya  sumbangan daripada komuniti KLIA. Aktiviti melapah dan pengagihan daging korban telah diadakan di masjid pada 13 Julai 2022 dan majlis dihadiri oleh Pengarah Urusan Malaysia Airports, Dato’ Iskandar Mizal Mahmood dan Pengurus Besar Kanan Malaysia Airports merangkap Nazir Masjid KLIA, Mohd Arif Jaafar.

kurban

Aktiviti menyembelih dan melapah bermula seawal jam 7.30 pagi. Lebih kurang 700 kilogram daging korban telah diagihkan kepada penerima layak sementara bakinya diagihkan kepada peserta dan sukarelawan yang terdiri daripada wargakerja Malaysia Airports dan ahli jawatankuasa masjid.

kurban2

Menurut Dato’ Iskandar Mizal Mahmood, “Kami yakin program sebegini dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan muafakat dalam melaksanakan ibadah. Kami berharap untuk mendapat lebih banyak penglibatan daripada agensi-agensi dan komuniti sekitar KLIA pada masa hadapan.”

Selain Dato’ Iskandar, majlis turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Sepang,  Khairi Azali Ibrahim serta pihak pengurusan tertinggi Malaysia Airports dan wakil-wakil agensi KLIA.
 

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

Section Heading