Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Malaysia Airports Merealisasikan Pengalaman Ceria Di Lapangan Terbang Dengan Penambahan Laluan Dan Mesin Pengimbas Kastam Di Balai Ketibaan KLIA

Penambahbaikan perkhidmatan bagi melancarkan pergerakan penumpang dicapai melalui penstrukturan semula aliran pergerakan penumpang semasa proses deklarasi barangan kepada pihak kastam

SEPANG – Malaysia Airports dengan kerjasama Kastam Diraja Malaysia (KDM) merealisasikan pengalaman ceria di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA melalui inisiatif penstrukturan semula aliran pergerakan penumpang di balai ketibaan antarabangsa. Inistiatif terbaru ini dilaksanakan bermula 23 Mei 2019 di Terminal Utama dan bermula 1 Jun 2019 di Terminal klia2 yang dijangka akan mengurangkan kadar kesesakan dan juga meningkat tahap keselamatan negara semasa proses deklarasi barangan yang dibawa masuk ke dalam negara kepada pihak kastam. Kesesakan di balai ketibaan ini dijangka berkurangan dengan penggunaan empat mesin pengimbas serta pewujudan enam laluan keluar bagi para penumpang berbanding satu laluan sebelumnya. 

Menurut ketua pegawai eksekutif kumpulan Malaysia Airports, Raja Azmi Raja Nazuddin, “Inisiatif ini timbul ekoran Mesyuarat KLIA One Stop Centre yang melibatkan agensi-agensi di KLIA yang antara lainnya membincangkan isu-isu yang boleh meningkatkan tahap perkhidmatan di KLIA.” 

Sebanyak sembilan organisasi terlibat dalam mesyuarat tersebut iaitu Pejabat Perdana Menteri; Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia; Kementerian Dalam Negeri; Jabatan Imigresen Malaysia; Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia; Agensi Pengangkutan Darat Malaysia; Polis Diraja Malaysia dan Malaysia Airports.                                                                                   
Mesyuarat yang berlangsung setiap dua minggu sekali ini dipengerusikan oleh YB Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan ia juga merupakan salah satu persediaan bagi Tahun Melawat Malaysia 2020. Mesyuarat yang pada hari ini bersidang di KLIA turut menyaksikan YB Tuan Muhammad Bakhtiar serta ahli mesyuarat lain turun padang untuk melihat keberkesanan inisiatif terbaru ini. 

Menurut Raja Azmi lagi, bakal Disember 2019, empat unit mesin pengimbas ini akan ditambah menjadi sembilan unit kesemuanya bagi mencapai matlamat 100 peratus penggunaan mesin pengimbas. Buat masa ini, pihak Malaysia Airports telahpun memasang beberapa struktur fizikal seperti penghadang di kawasan pemeriksaan kastam bagi melancarkan proses penstrukturan semula aliran pergerakan ini dijalankan. 

Jelas beliau lagi, “Inisiatif terbaru ini juga selaras usaha Malaysia Airports sebagai Caring Hosts dalam menyambut ketibaan tetamu yang tiba ke Malaysia melalui lapangan terbang kami. Saya amat berterima kasih di atas kerjasama semua pihak terutamanya KDM kerana telah berganding bahu dalam menjayakan inisiatif ini.” 
 

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Section Heading