Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Malaysia Airports Tumpu Usaha Perkasa Kemahiran Pelajar Dalam Bidang ICT

SERENDAH – Malaysia Airports telah menyumbang kepada pemerkasaan kemahiran belia dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dengan menaik taraf makmal ICT  di Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah (PPKKS). Usaha ini di jalankan di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ‘Beyond Borders’ yang merupakan satu program yang menjurus kepada pendidikan dan kepimpinan belia. 

Program ‘Beyond Borders’ pada asalnya bermula sebagai program sekolah angkat yang melibatkan lebih 30 buah sekolah rendah di seluruh negara bertujuan untuk meningkatkan prestasi dan kebolehan pelajar dalam menguasai Bahasa Inggeris. Kini ia berkembang merangkumi aspek inovasi dan teknologi selaras dengan hala tuju syarikat yang juga menekankan aspek-aspek yang sama. 

Makmal ICT di PPKKS yang dinamakan ‘Digital Space’ ini telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Wan Azizah Dr Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) disaksikan oleh Tan Sri Zainun Ali, Pengerusi Malaysia Airports disamping tetamu-tetamu kehormat yang lain. 

Pelancaran ‘Digital Space’ ini dapat direalisasikan hasil daripada kolaborasi strategik yang diwujudkan di antara Malaysia Airports dan KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). ‘Digital Space’ ini menempatkan sebanyak 13 unit komputer di dalam sebuah makmal ICT yang telah dinaiktaraf dan ia bakal memanfaatkan lebih 50 orang pelajar di PPKKS.

Tan Sri Zainun berkata, “Setelah meneliti keadaan makmal ICT yang sedia ada di PPKKS, Malaysia Airports mengambil langkah untuk mengubahsuai serta menaiktaraf makmal komputer supaya pembelajaran berteraskan innovasi dan teknologi bagi para pelajar di PPKKS boleh dipertingkatkan dan seterusnya boleh menjadi sebagai batu loncatan untuk masa hadapan yang lebih cerah.”

Malaysia Airports merupakan sebuah organisasi yang sentiasa mengutamakan kelestarian dan kemampanan program-program CSRnya, oleh itu, telah banyak program dirangka dan dilaksanakan mengikut rangkakerja yang menjurus kepada tiga aliran utama iaitu aliran Pendidikan & Kepimpinan Belia, aliran Pemerkasaan Masyarakat dan aliran Penjenamaan Malaysia.

Dengan pelancaran ‘Digital Space’ ini, ianya diharapkan dapat memperkasakan lagi para pelajar PPKKS supaya mereka mampu menyahut cabaran-cabaran di masa hadapan, serta menjadi insan yang berketrampilan dan berkebolehan. 
 

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

Section Heading