Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Memberdayakan Pelajar Melalui Pendidikan Dalam Program MYAirportCares Ceria Kembali Ke Sekolah

NILAI - Seramai 150 orang pelajar Tahun 1 sehingga Tahun 6 dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Warisan, Sepang menerima sumbangan hampir RM90,000 berupa barangan kelengkapan persekolahan serta kad pintar tanpa tunai bagi pembelian buku dan makanan di kantin sekolah oleh Malaysia Airports menerusi program tanggungjawab korporatnya atau CR yang dikenali sebagai MYAirportCARES Ceria Kembali ke Sekolah sempena pembukaan semula musim persekolahan pada bulan Mac nanti.

Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports, Encik Mohamed Rastam Shahrom, “Sejajar dengan program Tanggungjawab Korporat Malaysia Airports, iaitu di bawah inisiatif ‘MYAirportCARES: Community & Youth Empowerment through Education’ yang memperkasakan pendidikan kepada komuniti setempat, program pada hari ini merupakan sebahagian daripada program teras kami yang bertujuan untuk membantu meringankan bebanan ibubapa sekaligus menaikkan semangat pelajar dalam menimba ilmu dengan keadaan fizikal yang rapi beserta keperluan persekolahan yang serba mencukupi. Sebagai organisasi berkaitan kerajaan, kami berazam untuk meneruskan dan mengembangkan lagi usaha-usaha seperti ini di masa akan datang.”

Sejak tahun 2018, inisiatif MYAirportCARES Ceria Kembali ke Sekolah telah memberikan manfaat berharga kepada hampir 3,000 pelajar sekolah rendah dari kumpulan B40 dan telah memberikan impak positif kepada lebih daripada 38 buah sekolah terpilih berhampiran lapangan terbang kendalian Malaysia Airports. Sumbangan tersebut telah dijalankan menerusi sesi membeli-belah yang diadakan di sebuah pasaraya terkenal di sini petang ini dengan kehadiran pihak pengurusan Malaysia Airports, sukarelawan yang terdiri daripada Persatuan Suri dan Kakitangan Malaysia Airports (AERONITA) serta guru-guru dan para pelajar terpilih.

Penerima-penerima sumbangan ini dipilih berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh Malaysia Airports dengan kerjasama Yayasan MyKasih yang melibatkan pelajar dalam kategori B40 dari daerah Sepang, iaitu daerah di mana lapangan terbang utama kendalian Malaysia Airports, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) beroperasi.

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Section Heading