Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Mohon Kerajaan Kaji Semula Hasrat Cairkan Pegangan LTSAAS Kepada Pihak Swasta

SEPANG – Berikut merupakan kenyataan daripada Pengerusi Malaysia Airports, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berhubung isu Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (LTSAAS Subang) yang sedang giat di diperkatakan di ruangan media arus perdana dan juga media sosial.

“Selaku Pengerusi Malaysia Airports, saya amat memandang serius berita yang telah disiarkan oleh pelbagai media dan beberapa individu mengenai cadangan kepada pihak kerajaan tentang pengambilalihan LTSAAS Subang oleh pihak swasta.

Lapangan terbang secara umumnya adalah aset strategik hak milik negara, tambah-tambah lagi LTSAAS yang merupakan sebuah lapangan bersejarah negara dan dekat di hati rakyat Malaysia.

Oleh itu, tentulah sebarang langkah dalam membenarkan ia dikendali oleh pihak swasta perlu difikirkan secara mendalam, baik dari segi aspek keselamatan dan pertahanan, mahupun hak milik.

Selama kewujudan LTSAAS, ia telah berjaya menjadi pencetus kepada pembangunan industri penerbangan yang besar buat negara, terutamanya dalam industri aeroangkasa. Sehubungan itu, pihak Malaysia Airports telah memberi perhatian khusus dalam merancang hala tuju jangka panjang LTSAAS di bawah rangka kerja pelan induk ‘Subang Airport Regeneration Master Plan’.

Saya yakin bahawa setelah mendengar pandangan Malaysia Airports dan lain-lain agensi berkaitan, pihak kerajaan tidak akan mengorbankan sebuah aset strategik negara.

Saya, sebagai mewakili seluruh warga Malaysia Airports ingin memohon pihak kerajaan agar mengkaji semula sebarang hasrat untuk mencairkan pegangan LTSAAS kepada mana-mana pihak swasta. Terutama sekali, memandangkan Malaysia Airports mempunyai rekod prestasi cemerlang dalam mengendalikan 39 lapangan terbang di seluruh Malaysia dan satu lapangan terbang antarabangsa di Istanbul, Turki. Malah, beberapa lapangan terbang antarabangsa kendalian Malaysia Airports baik di Malaysia mahupun di Turki kerap mendapat pengiktirafan global dalam aspek perkhidmatan dan juga pertumbuhan jumlah penumpang.”

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

Section Heading