Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Pemerkasaan Tahap Siaga Menerusi Pentauliahan Pegawai Dan Anggota Perkhidmatan Bomba Dan Menyelamat Lapangan Terbang Baharu

SEPANG – Malaysia Airports sekali lagi memperkasakan tahap kesiapsiagaan lapangan terbang menghadapi bencana udara menerusi pentauliahan seramai 55 orang pegawai dan anggota baharu pasukan Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) bersempena Majlis Perbarisan Tamat Latihan Asas atau Passing Out Parade (POP) edisi ke-12 baru-baru ini.

Majlis yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Normah Osman Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pengangkutan Malaysia telah menyaksikan seramai 12 orang kadet ditauliahkan sebagai pegawai AFRS manakala seramai 43 orang rekrut lain ditauliahkan sebagai anggota AFRS.

Semua pelatih telah menjalani program intensif hampir 5 bulan, dimana pelatih telah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran tertentu untuk menghadapi situasi kecemasan dan memadam serta menyelamat. Para pelatih turut diuji dari sudut daya ketahanan fizikal dan intelektual sepanjang tempoh latihan selepas proses pemilihan dijalankan.

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Section Heading