Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Penganjuran Majlis Khatam Al-Quran Kali Ke-42 Dapat Sambutan Hampir 2,600 Muslimin Dan Muslimat Seluruh Negara

SEPANG – Seramai 2,600 orang peserta dari beberapa negeri di Malaysia serta Indonesia mengambil bahagian dalam Majlis Khatam Al-Quran yang telah masuk kali ke-42 anjurannya yang merupakan hasil kerjasama bersama Persatuan Halaqah Selangor, Malaysia Airports menerusi Masjid Sultan Abdul Samad KLIA dan Pusat Pengajian Al-Quran Tahsin Tilawah Bestari. Selain Selangor, di antara negeri-negeri lain yang mengambil bahagian di dalam majlis ini adalah para peserta dari Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu and Pulau Pinang.  

Majlis ini yang telah diserikan dengan kehadiran Mufti Wilayah Persekutuan Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports, Raja Azmi Raja Nazuddin; Pengerusi Persatuan Halaqah Al-Quran Selangor Al-Fadhilah, Ustazah Nawiyah Bt Abu; Imam Masjid Sheikh Soleh Mesir, Tuan Sheikh Ashraf Hamid Hasanayyn Al-Azhari; Juara Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan & Antarabangsa tahun 2011, Al-Fadhil Ustaz Amirahman Abas.

Sejajar dengan cogankata trasnformasi budaya syarikat iaitu ‘Happy Guests, Caring Hosts’ program ini diharapkan dapat memberi manafaat kepada komuniti setempat dalam menyeimbangi urusan dunia dan akhirat. Raja Azmi berkata, “Malaysia Airports sentiasa prihatin terhadap masyarakat setempat di kawasan lapangan terbang kami beroperasi. Melalui majlis yang penuh bermakna seperti ini, Malaysia Airports dapat mengeratkan silaturrahim dan ukhwah masyarakat setempat dengan persatuan-persatuan demi memartabatkan lagi Al-Quran dan agama Islam yang kita semua cintai.”

Tambah Raja Azmi lagi, “Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan syabas kepada  pihak Persatuan Halaqah Al-Quran Selangor dan Pusat Pengajian Al-Quran Tahsin Tilawah Bestari kerana terus menerus menjayakan majlis ini setiap tahun dengan jayanya demi memartabatkan Al-Quran.”

Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA yang merupakan masjid dibawah penyelenggaran Malaysia Airports telah dipilih sebagai tuan rumah dalam mengajurkan program Khatam Al-Quran pada tahun ini. Ianya dilihat mampu menarik komuniti sekeliling untuk turut serta dalam program bermanfaat ini. Di majlis yang sama juga, Malaysia Airports turut menyumbangkan sebanyak RM26,000 sebagai sebahagian perbelanjaan untuk kegunaan penganjuran majlis.

Majlis bermula dengan sesi qiamullail pada jam 4.30 pagi tadi dan diteruskan dengan pelbagai agenda lain seperti bacaan Al-Quran oleh Qari jemputan, Tausiah Khas Penghayatan Al-Quran, Qasidah Khas, bercukur dan bertahnik, bacaan dan khatam Al-Quran oleh para peserta dan penyampaian sijil-sijil anugerah khas dan cenderahati. Program seumpama ini turut telah ke peringkat antarabangsa di mana ianya turut dijalankan di negara-negara luar seperti Australia, Jepun dan Korea Selatan.

 

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

Section Heading