Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Perkasa Tahap Kesiapsiagaan Menerusi Pentauliahan Pegawai Dan Anggota Perkhidmatan Bomba Dan Menyelamat Lapangan Terbang Baharu

SEPANG - Malaysia Airports memperkasakan lagi tahap kesiapsiagaan lapangan terbang menghadapi bencana udara menerusi pentauliahan seramai 57 orang pegawai dan anggota baharu Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) bersempena Majlis Perbarisan Tamat Latihan Asas atau Passing Out Parade (POP) siri ke-11 pada pagi ini. Penubuhan AFRS ini adalah bagi mematuhi keperluan Akta Penerbangan Awam 1969, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (Pengendalian Aerodrom) 2016, Civil Aviation Directive 14 Vol I selaras dengan Standard and Recommended Practices (SARPs) yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Ia  menetapkan kewujudan mandatori sumber manusia serta aset menyelamat dan memadam kebakaran di sesebuah kawasan aerodrom yang mengoperasi pesawat awam.

afrs1

Majlis ini telah menyaksikan seramai 9 orang kadet ditauliahkan sebagai pegawai AFRS manakala seramai 48 orang rekrut lain ditauliahkan sebagai anggota AFRS. Sehingga Disember 2022, pasukan AFRS Malaysia Airports mempunyai kekuatan seramai hampir 800 orang anggota di kesemua 39 lapangan terbang kendaliannya di seluruh Malaysia.

afrs2

Secara asas, bagi melengkapkan semua pelatih dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman bertugas, kesemua pelatih pegawai dan anggota AFRS ini dikehendaki melalui latihan intensif bukan sahaja dari sudut fizikal, malah diuji dari sudut intelektual sepanjang tempoh empat bulan setengah latihan setelah proses temuduga terbuka, saringan dan pemilihan dijalankan.

afrs3

Bagi tujuan tersebut, para pelatih telah didedahkan kepada modul-modul seperti kawad kaki dan kebombaan, pembiasaan pesawat dan lapangan terbang, alat pernafasan dan peralatan perlindungan diri, komunikasi kecemasan, memadam kebakaran pesawat dan bangunan, penyelamatan dan pengurusan mangsa, pengoperasian jentera bomba, keselamatan kebakaran bangunan, pengendalian bahan merbahaya (HAZMAT) serta pelan kecemasan aerodrom.

Semasa majlis, pemeriksaan perbarisan disempurnakan oleh Encik Mohd Arif bin Jaafar, Pengurus Besar Kanan Malaysia Airports serta Tuan Muhammad Hidayat Ismail, Pengurus Besar AFRS. Selain itu, anugerah penghargaan juga telah diberikan kepada pelatih - pelatih terbaik dalam enam kategori di majlis pentauliahan seperti berikut:
 
1) Anugerah Keseluruhan Terbaik

● Felix Fizly Welison (Kadet)

2) Anugerah Keseluruhan Terbaik

● Mohd Fikri Bin Arman (Rekrut)

3) Anugerah Terbaik Akademik

● Ahmad Azman Salem Bin Samani

4) Anugerah Terbaik Kemahiran Kebombaan

● Syafa'atur Rahim Bin Ebrahim

5) Anugerah Terbaik Kawad Kaki

● Muhammad Afif Najmi Bin Abdul Rahim

6) Anugerah Terbaik Kecergasan

● Mohammad Nurfaiz Bin Md Zaini

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

Section Heading